Tuesday, February 10, 2009
Laporan/karkhuzari Ijtimak Thailand 2008
salam,..
masya Allah
baru ptg tadi saya kongsi pengalaman dengan jemaah 40hari di halaqah saya.
saya cerita serba ringkas jela,
kami bertolak dari Takbai lepas asar Khamis,dan sampai ke Ijtimak lepas puku l1.00pm malam sabtu
masa itu,bhai Wahab baru je habis bayan,
maknanya,saya tertinggal hari pertama Ijitmak.
Subuh hari kedua,maulana Ismail Gudhra bayan sampai
dlm puku l1.00am,ada bayan umum di centre ijtimak' oleh bhai Wahab...cuaca di Ijtmak' terlalu panas sehingga berdebu
saya hampir 24jam pakai topeng,tapi bila bhai Wahab masuk ke pentas ijtimak,Allahu akbar,cuaca jadi redup.Allah muliakan pekerja agama-Nya.
Di khemah taam foreign,bayan pelajar agama/madrasah oleh maulana Saad,sebelah khemah taam dibuat bayan ulamak oleh maulana Ahmad Lat,saya dalam majlis bayan ulamak.Hu3
tapi bila tengok bayan maulana Saad habis dulu,saya terus keluar majlis dan ke khemah taam.
Saya terserempak dengan Mursyid tariqat saya,maulana Syamim
saya salam dengan dia dan terus pergi duduk di sebelah Maulana Saad dan
bila tengok bayan ulamak dah nak habis,saya masuk semula dalam khemah ulamak dan aminkan doa Maulana Ahmad Lat,
doanya cukup menyentuh perasaan bagi mereka yang faham arab,(saya x faham,tapi nada dia menyentu jiwa).Saya pun rakam doa dia,untuk ambil berkatnya.
Selepas itu saya khdmat picit bahu maulana Ahmad Lat dan tolak kerusi rodanya ke perkampungan elders.
Lepas asar bayan oleh Maulana Zubair,(anak Hadrat Ji Inamul Hasan) beserta khutbah nikah.Ramai pasangan yang ambil berkat Ijtimak untuk berkahwin.
alhmdullillh,saya dipilih olh Allah untuk duduk diatas pentas bersama dengan para elders n ahlullah.Saya duduk dibelakang maulna zubair.
utk pngetahuan tuan2,maulana2 yang saya kenal,dan yang datang ke ijtmak ini,maulana Saad,Zubair,Syamim,Mustaqim,Ismail gudhra,Maulana Ibrahim,Bhai Farouk Abbasi,Prof Abd Rahman Aleegar,Bhai Wahab,Bhai Mumtaz,syuro London,Syeikh Hafiz Fateh, amir Eropah.
selepas itu saya khidmat turunkan maulana Zubair dari atas pentas,masa itu saya pegang kerusi roda bahagian depan,jadi secara tidak langsung
muka saya setentang degan muka dia,barakallah,penuh dengan nur wajahnya
tidak puas saya pandang.Hu3
Lepas mahgrib bayan oleh Maulna Saad,semasa Maulana Saad sedang bayan,saya dapat lihat, semua eldests sedang catat apa yang dibayankan oleh Maulana Saad.saya duduk dalam halaqah jemaah arab,ada dalam tambah tolak 100 orang Arab,anak raja Qatar pun ada,ramai jugak ahli2 jemaah Arab yang saya kenal kerana saya pernah nusrah diorang masa diorang keluar di Pendang.
Subuh hari ketiga,bayan oleh Bhai Wahab.
waktu isyrak,Allh pilih saya ke bilik Syeikh Hafiz Fateh,amir eropah yang cukup sinonim dengan usaha student di UK.(pensyarah saya x-student UK bagi tahu)
dia adalah orang Pakistan dan sudah tua sangat,
umor dia dalam 70-80 kot.
masa itu,dia tengah solat isyrak,selapas itu, saya sembang dengan syuro London,
selepas itu dia panggil kami masuk dalam bilik dia dan dia hulurkan saya kurma dan,
saya makan,dan dia tanya saya ini sapa?
saya cakap saya seorang student,dia pun targhib saya tentang usaha student.
Selepas selesai jumpa Syeikh Hafiz Fateh,saya tengok Prof Abd Rahman Aleegar tengah sarapan,
jadi saya pun pergi dan duduk disebelah dia,dan secara tiba2,
dia telah suapkan saya biskut dan
Allahuakbar,berkat kewaliannya,saya tidak lapar sehingga 24jam.(dengan izin Allah)
waktu bayan hidayat,saya duduk depan tangga pentas,so,saya dapat tengok semua elders.
dan masa salam dengan maulana Saad,semua orang just sentuh ja tgn maulana,tapi bila smpai giliran saya,maulana Saad genggam tangan saya sambil lihat muka saya dgn mimik terpegun,saya pun tidak tahu kenapa,dalam hati ini just kena jaga zikir saje,takut jugak kot3 Maulana Saad scan apa2 ke.Ha3,lebih kurang 10 saat kemudian,maulana pun senyum dekat saya dan lepaskan tangan saya,selepas itu,salam dengan maulana Zubair,maulana Zubair ini tidak henti2 berzikir.
.................................
Itu la sedkit sebanyak pengalaman saya disana..
saya rindukan bhai Wahab...
masa bai Wahab di Sri Petaling 2 tahun lepas,saya dapat masuk ke dalam bilik dia..terbit pula rasa sayang pada elders2 ini.
Tengok wajah2 elders pun dah cukup untuk keluarkan air mata ini...
Doakan saya,agar Allah terima saya dlm usaha ini....Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam.ziarah..
ReplyDelete