Foto di atas hiasan je!!
kisah ini telah diceritakan oleh Maulana Saad ketika Ijtima Bangkok.Kisah Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi dan jemaahnya ditangkap oleh maharaja Rom.Maharaja Rom menawarkan separuh dari harta kerajaan Rom untuk beliau menukar agama kepada agama Nasrani/kristian,lalu ditolak oleh Abdullah R.A,dan seraya berkata,jika kamu memberikan kesemua harta kerajaan Rom pun,nescaya aku tidak ingin menukarkan agama Muhamad ini,lalu maharaja Rom mencari idea untuk mempedaya beliau,lalu Maharaja Rom pun memerintahkan supaya dimasak air untuk memasukkan tentera2 Islam ke dalam air yang panas memdidih tersebut dengan tujuan cara ini dapat mengubah fikiran Abdullah R.A,sementara itu Abdullah sendiri diperlihatkan akan seksaan tersebut,Lalu menangislah Abdullah R.A dengan tangisan penuh hiba sekali.Lalu Maharaja Rom pun berkata adakah kamu sudah berubah fikiran,Abdullah R.A berkata aku menangis bukan kerana aku berubah fikiran,tetapi aku menangis disebabkan aku hanya ada satu nyawa saja,kalaulah aku ada nyawa seperti bulu diatas badan aku,nescaya aku akan korbankan untuk agama Allah Taala,Maharaja Rom pun bersimpati,lalu menawarkan Abdullah R.A satu tawaran iaitu,aku akan lepas kan jemaah kamu dengan syarat kamu kena cium dahi aku,syarat tersebut telah dipersetujui oleh Abdullah R.A sambil berkata perkara yang paling hina ini aku sanggup buat adalah disebabkan agama aku.
Lalu jemaah ini pun balik dan memberi karkhuzari/laporan mengenai perkara tersebut kepada khalifah Umar R.A dan Khalifah Umar R.A mengeluarkan fatwa bahawa setiap orang Islam wajid mencium dahi Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi R.A disebabkan pengorbanan beliau dan aku adalah orang pertama yang akan berbuat demikian.Maulana Saad berkata,umat hari ini sudah hilang sifat seperti sahabat ,bukan saja telah meninggal perintah2 Allah bahkan sanggup keluar dari agamai ini kerana tiada sifat seperti sahabat.Tiada sifat susah payah seperti sahabat.
Anak Pendang yang dimuliakan Allah swt,
ReplyDeleteTersentuh hati akak membaca kisah ini..moga menjadi pengajaran yang mendalam untuk diri kita yang acapkali terlupa dan alpa menjadi muslimin yang terbaik..kurangnya sifat ikram dalam diri terhadap sesama insan...sama2lah kita mencari diri kita yang hilang yang tidak mengambil ikhtibar sifat2 sahabat...mereka terlalu mencintai Agama Allah swt dan Rasullullah saw...itulah sebabnya dunia ini hanya berada di bawah tapak2 kaki para sahabat..tidak tergoyah dengan ujian Allah swt.
Alhamdulillah pernah jgk baca kisah ni dlm buku kisah 65 sahabat.. sangat tersentuh dgn kisah2 sahabat.. contohnya dua beradik iaitu Anas bin malik dgn Al-Bara' bin malik..
ReplyDeletep/s: semoga satu hari nanti aku pun akan ada anak mcm anas dan al-bara'.. (^_-)
aku suka itu lo..? jangan kan menium dahi huzaifah....? aku siap apa yang di katakan nya. (bye:reddy_abdulla wijaya) (karkun 4 bulan)
ReplyDeletekat zaman sekarang tak ada lelaki macam tu lagi..semuanya perasan bagus dengan budaya barat yang entah apa-apa!!tapi tak semua la..ada lagi yang masih berjihad demi mencari cinta ILLAHI..
ReplyDelete