Pages

Tuesday, February 17, 2009

Bahagian-Bahagian Hadith siri pertama


foto hiasan je!!

Hadith Hasan Shahih

*Dalam kitab-kitab hadith seperti kitab Sunan Tirmizi dan dalam kitab ini

(Hadith Empat Puluh) ada didapati di akhir hadith perkataan "Hasan

Sahih" ertinya hadith ini hasan lagi sahih. Dengan demikian bermakna

hadith itu mempunyai dua martabat: pertama hasan dan kedua sahih.

*Menurut keterangan ulama' hadith, bahawa hadith tersebut dikatakan hasan

menurut perhitungan atau penilaian pada satu sanadnya. Dan dikatakan

pula sahih padanya menurut perhitungan atau penilaian pada sanadnya yang

lain. Ini jika pada hadith itu ada sanadnya (jalannya).

*Jika pada hadith itu satu sanadnya, maka erti hasan padanya menurut

pandangan segolongan ulama' hadith dan sahih menurut pandangan ulama'

yang lain, yang tidak sama tinjauan terhadap sifat dan peribadi orang

yang menjadi rawinya atau yang memindahkannya.


Hadith shahih

1. Hadith Sahih Li Zaatihi:

Perkataan Sahih adalah lawan kpd perkataan sakit.

Dari sudut istilah:

Iaitu Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan org yg kuat hafalan
dan adil serta meriwayatkan drpd org yg kuat hafalan dan adil sehinggalah
ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat
iaitu kecacatan.

2. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi apabila ianya
diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yg lain maka ianya dibantu
oleh suatu kekuatan pada dua bentuk:

Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yg masyhur dgn kebenaran
dan penjagaan rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun
tidak mencapai taraf ahli Hafaz yg mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis

Sahih.

Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yg lain di mana dgn cara ini
diperolehi satu kekuatan yg dapat menggantikan apa yg hilang pada
kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan
kpd taraf Sahih, cuma ianya bukan Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap Li Ghairini.

Hadith Sahih:

Hukumnya:

1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila
terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana
pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya.

2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari
dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah

3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya,
sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan
Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis.

4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg sahih jika
diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan
jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya
sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang, maka hendaklah
diperhatikan padanya terlebih dahulu.

5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat
seorang sahaja dari kalangan sahabat yg meriwayatkannya. Ini adalah diambil
drpd kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dlm kitab (Ighathah Al-Lahfan).

6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan kpd org awam. Dalilnya ialah:
Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan antaranya (Tidak
ada seseorang yg mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yg layak
disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah akan
memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dgn itu
Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kpd org
ramai agar mereka dapat bergembira? Rasulullah s.a.w bersabda: (Kalau
begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha). Tetapi Muaz
menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda.

*Kedudukan Hadis Sahih mengikut karangan yg masyhur iaitu tujuh kedudukan:

1- Hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari
dan Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi).

2- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari

3- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim.

4- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka
berdua tidak meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing. Imam Nawawi berkata:
(Pendapat mereka bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita mestilah
berpandukan kpd syarat imam Bukhari dan Muslim secara mengenal pasti bahawa
perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dlm kedua-dua kitab mereka (kitab
sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak meletakkan
syarat di dlm kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yg lain).

5- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau tidak
meriwayatkannya di dlm kitab sahih.

6- Hadis yg menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak meriwayatkannya
di dlm kitab sahih.

7- Hadis yg dianggap sahih oleh ulama-ulama selain drpd keduanya tetapi
tidak menepati syarat salah seorang drpd mereka.

No comments:

Post a Comment

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.