tag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post4658240804912854153..comments2024-03-12T05:48:38.224+08:00Comments on Anak Pendang Sekeluarga: Kemusykilan Yang Sering Di ajukan Kepada Jemaah Usaha Dakwah @ TablighAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/01820799614284104737noreply@blogger.comBlogger14125tag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-90584292672803046732013-09-03T18:25:22.649+08:002013-09-03T18:25:22.649+08:00Betul la ilmu dulu baru amal.nape korang x suka jw...Betul la ilmu dulu baru amal.nape korang x suka jwb soalan?
Heran tul gua tengok ...
Suka mlencong..plek tul
Cube trima pndpt org lain.jgn asyik nk kondem jeAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-56678496153293801412013-09-03T18:23:28.028+08:002013-09-03T18:23:28.028+08:00Betul la ilmu dulu baru amal.nape korang x suka jw...Betul la ilmu dulu baru amal.nape korang x suka jwb soalan?
Heran tul gua tengok ...
Suka mlencong..plek tul
Cube trima pndpt org lain.jgn asyik nk kondem jeAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-20678036521027642042013-09-03T16:37:29.775+08:002013-09-03T16:37:29.775+08:00Jadi samseng agama dulu...baru boleh bdebat mcm Ka...Jadi samseng agama dulu...baru boleh bdebat mcm Kat komentar merapu Kat atas tu..ahaAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-58091135741616105662013-08-23T20:23:34.987+08:002013-08-23T20:23:34.987+08:00he...he...telur dulu ke ayam dulu...he...he...telur dulu ke ayam dulu...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-81714291632041578062013-08-20T15:32:24.239+08:002013-08-20T15:32:24.239+08:00untuk huraian lebih jelas bacalah link ini-
http:/...untuk huraian lebih jelas bacalah link ini-
http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=7

sedutan-

Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain.

Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan; Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya dan orang yang hendak menyewa, memberi sewa, mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.

kesimpulannya ilmu dulu baru fadhilat.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-29360134186698265792013-08-20T15:24:57.791+08:002013-08-20T15:24:57.791+08:00Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada urutan dan ...Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada urutan dan susunannya. Ada "progression" nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .

Syariat
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan zahir (feqah) atau ilmu bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib
beramal. Ia melibatkan ilmu tentang rukun iman dan islam, peraturan, hukum-hakam, halal haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu, kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan mahu. Kalaupun kita sudah yakin, cinta dan takut dengan Tuhan dan kita terdorong untuk mengabdikan diri (taabut) dan taat kepada perintah Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak.

Ilmu syariat ini ibarat biji benih.
Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-9644771706963680542013-08-20T15:23:35.004+08:002013-08-20T15:23:35.004+08:00Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ...Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ini, walaupun banyak, tidak berkesan mengubah akhlak dan peribadi kita kekal lama. Ia tidak akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan dan pengabdian di dalam hati atau qalbu kita. Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan dan menguatkan sifat-sifat mahmudah untuk menyampaikan kita kepada-Nya, dan melemahkan sifat-sifat mazmumah sebagai penyakit hati yang bersarang di hati kita yang akan menghalang kita sampai kepada-Nya. Ini kerana Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat (Allahu ghayatuna) dalam ibadah kita. Kalau Tuhan tidak dilibatkan sebagai matlamat tujuan, maka hati akan kurang berperanan kerana hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan dalam ibadah.

Tambahan pada itu ibadah kerana hendakkan Syurga, pahala dan fadhilat dan kerana takutkan Neraka ini ada risikonya. Disebabkan Tuhan dan hati tidak dilibatkan sama dalam ibadah seperti ini, maka ibadah ini tidak ada kekuatannya. Lama kelamaan, ia akan dicelahi dengan rasa bosan dan jemu. Sukar hendak diistiqamahkan. Ia juga mudah dihinggapi penyakit riyak, ujub, takabur, dan sum'ah. Ini semua akan memusnahkan natijah sebenar ibadah. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan atau niat ibadah itu secara langsung atau tidak, secara sedar atau tidak, adalah untuk dipuji, untuk disanjung, untuk mendapat nama dan glamour, untuk menunjuk-nunjuk dan kerana sebab-sebab lain yang berbentuk duniawi. Sudah tentulah ia tidak ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya berserta dengan laknat-Nya sekali. Ibadah seperti ini tidak akan mendekatkan seseorang itu dengan Allah. Malahan dia akan bertambah jauh dari Allah. Dia akan banyak melakukan maksiat dan kemungkaran zahir dan batin. Lagi banyak dia beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, takabur, rasa diri mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beramal, lagi dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna (inilah sifat ujub). Ini adalah kerana mereka jahil ilmu tasawuf atau ilmu jiwa atau ilmu kerohanian (atau kiasnya'ilmu saikologi'.)
Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-8702325267269890972013-08-20T15:20:31.229+08:002013-08-20T15:20:31.229+08:00Bila Allah sudah difahami dan dikenali, barulah ki...Bila Allah sudah difahami dan dikenali, barulah kita betul-betul boleh mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, faham dan kenal Allah itu perkara pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal keyakinan dan amalan. Ini sesuai dengan hadis yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah".

Amalan agama yang tidak didahului oleh rasa yakin (kepercayaan yang mendorong perlakuan berdasarkan hujjah nakli dan akli), cinta dan rasa takut kepada Allah sudah tentu tidak akan membawa kita kepada-Nya. Sudah pasti ia didorong oleh perkara-perkara dan kerana-kerana yang lain. Mungkin kerana percaya dan hati suka dan cintakan gambaran Syurga. Mungkin kerana percaya dan hati rasa takutkan gambaran azab Neraka. Mungkin kerana percaya dan hati mahukan pahala dan fadhilat. Walaupun tujuan-tujuan ini tidak salah kerana ianya sebahagian dari janji-janji Tuhan, tetapi maqamnya secara relatif adalah rendah. Justeru itu hasil dan manfaat dari ibadah seperti ini juga adalah rendah.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-29424296601432785472013-08-20T15:19:36.664+08:002013-08-20T15:19:36.664+08:00Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut pau...Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan kezahiran. Ilmu tasawuf ialah satu cabang ilmu membicarakan bab kerohanian dan hati, dan amalan pembentukan jiwa islami (atau boleh dikiaskan saperti "knowledge that make us conscious of our consciousness"). Amalan sama ada yang zahir atau yang batin mestilah didorong oleh, dan berlandaskan aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa yakin, cinta dan takut kepada Allah. Barulah amalan itu akan bermakna dan akan mempunyai erti dan maksud yang betul.

Ibadah adalah amal atau perlakuan, jalan (tariq), kaedah atau cara untuk membersihkan hati kita, membentuk diri kita menjadi hamba Allah zahir dan batin. Dan matlamat kehidupan adalah untuk bertemu dan kembali kepada-Nya.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-50886755378133781532013-08-20T15:19:03.657+08:002013-08-20T15:19:03.657+08:00Islam adalah ad-deen, sistem kehidupan dan amal at...Islam adalah ad-deen, sistem kehidupan dan amal atau perlakuan berlandaskan ilmu, iman, dan ihsan (bagi seorang mukmin, ilmu adalah landasan ihsan. Ihsan adalah landasan iman. Dan iman adalah landasan islam atau amal islami). Iman adalah persoalan keyakinan, ketuhanan, dan aqidah. Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah (zahir) dan ada yang berbentuk rohaniah (batin).

Bertolak dari aqidah (konsep dan pegangan hidup), maka timbullah keperluan untuk beribadah sama ada ibadah zahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali atau difahami, diyakini, dicintai (mahabah) dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk meng'ilah'kan-Nya sahaja (laa ilaha illAllah: tidak ada ilah melainkan Allah) dan untuk mengabdikan diri (taabut) kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban kerana-Nya.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-53230682818942597512013-08-01T18:52:45.643+08:002013-08-01T18:52:45.643+08:00Akhie Zul Fattah : Betul tu,cuba faham dan hayati ...Akhie Zul Fattah : Betul tu,cuba faham dan hayati nasihat Maulana Ilyas rah tu... semoga kita semua dapat hayati nasihat ini dalam sanubari kita.

Nantikan sambungannya lagi...Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/01820799614284104737noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-75836785873197881232013-08-01T15:01:47.734+08:002013-08-01T15:01:47.734+08:00SyukranSyukranAbdullahhttp://yahoo.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-80851698498397432992013-07-31T08:35:05.028+08:002013-07-31T08:35:05.028+08:00salam.. Alhamdulillah dpat duduk dlm majlis ta'...salam.. Alhamdulillah dpat duduk dlm majlis ta'lim.. kalau x dngar hadis, memang rasa lemah r nak beramal.. itulah pntingnya dngar hadis2 kelebihan ini.Zul fattahhttps://www.blogger.com/profile/03393699254346738881noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2588141905937559435.post-91641015083138512912013-07-31T05:37:52.284+08:002013-07-31T05:37:52.284+08:00Alhamdulillah..Alhamdulillah..Anonymousnoreply@blogger.com