Ikuti Blog Ini

Sunday, December 22, 2013

Pelan Perancangan Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling (MUSP)

Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling (MUSP) adalah madrasah yang mengguna pakai sistem kurikulum Dars-Nizami seperti yang di gunakan oleh Darul Uloom Deoband dan cawangan-cawangannya di seluruh dunia.Menggabungkan aspek tarbiah dan pendidikan sebagai tunjang utama melahirkan pelajar-pelajar yang berwawasan seterusnya berkhidmat untuk agama dan masyarakat.

Dari kiri Syeikhul Hadith di MUSP Maulana Abdul Hamid (Darul Uloom Faisalabad),Maulana Mansor (Darul Uloom Binori Town),Maulana Ismail (Darul Uloom Khairul Madaris,Jalindar),Maulana Khairy (Darul Uloom Binori Town),Maulana Amir Hamzah (Darul Uloom Arabia Raiwind),Maulana Silmi (Darul Uloom Miftahul Ulum,Sri Petaling),Maulana Nazmi (Darul Uloom Arabia,Raiwind) dan ramai lagi.Mereka inilah yang mengajar kelas Dauratul Hadith di MUSP.Kelas Dauratul Hadith di MUSP adalah bertempoh 2 tahun.Jumlah pengajian kitab (pendidikan Islam) di MUSP adalah selama 8 tahun ( termasuk 2 tahun Dauratul Hadith).

Baru-baru ini saya bersembang dengan guru saya tentang ehwal perkembangan Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling (MUSP).Antaranya saya kongsi di sini sedikit :


1.Kelas Takhasus Fil Hadith akan di buka pada tahun hadapan (inshallah ) di bawah seliaan Maulana Muhammad Hazim Husain Mazahiri.Maulana sedang sibuk menyediakan materials/bahan-bahan untuk persiapan pembukaan kelas ini.Inshallah kelas Takhasus Fil Hadith ini akan mengambil masa 2 tahun seperti mana yang di jalankan oleh madrasah-madrasah yang mengguna pakai kurikulum Dars-Nizami di seluruh dunia.Syarat untuk memasuki kelas Takhasus Fil Hadith ini mestilah tamat Kelas Alim 8 tahun dan (atau pun lulus ujian yang di kendalikan oleh pihak madrasah dan bergantung kepada budi bicara dari pihak madrasah ).Maulana Muhammad Hazim Husain telah menamatkan pengajian peringkat Takhasus Fil Hadith di bawah selian Mufti Muhammad Bhana di Darul Uloom al Shariah Benoni,Gauteng,Afrika Selatan.

2.Kelas Takhasus Fil Fiqh (Ifta) akan di buka dalam masa 2 tahun lagi.Pengajarnya iaitu (Maulana Lufti,pelajar Mumtaz MUSP sendiri) yang di hantar menuntut di Hudaidah,Yaman di bawah selian Syeikh Haidar Hasan Salim (Ahli Majlis Fatwa Negara Yaman).Pengajiannya berteraskan mazahib arba'ah dan bagi meraikan mazhab rasmi yang menadi pegangan masyarakat kita.Kelas Takhasus Fil Fiqh (Mazhab Syafi') menjadi pengajian rasmi dan dalam masa yang sama tidak mengenepikan pengajian mazhab yang lain.


Syeikh Haidar Hasan Salim merupakan Ahli Majlis Fatwa Negara Yaman


Kebiasaanya,mereka yang menamatkan pengajian ini akan di gelarkan dengan gelaran Mufti(tetapi guru saya berkata) bahawa gelaran mufti ini hanya gelaran budaya di madrasah.Mufti yang sebenar ialah mereka yang berkhidmat di Darul Ifta (Jabatan Fatwa).Di Malaysia,barisan Mufti-mufti di lantik oleh pihak Kerajaan.

3.Kelas Takhasus Fil Tafsir juga akan di buka tidak lama lagi.Sekarang ini pihak MUSP sedang dan telah menghantar bekas-bekas pelajar Mumtaz mereka untuk menjalani pembelajaran di kelas-kelas Takhasus di South Afrika,di India,di Yaman,di Mesir,di Pakistan dan lain-lain tempat lagi.Semua pelajar-pelajar ini (alumni MUSP sendiri ini) adalah yang mendapat keputusan mumtaz dalam kelas Dauratul Hadith.

Intaha:Mohon doa dari saudara-saudara semua.Bersamalah kita memasyarakatkan madrasah kita.MUSP adalah madrasah pertama di Malaysia yang akan membuka kelas takhasusnya sendiri bagi menampung keperluan ilmu umat Islam sama ada di luar atau dalam Malaysia.

Budaya memasyarakatkan madrasah telah berjaya di Pakistan,gambar ini menunjukan satu majlis Khatam Bukhari di Darul Uloom Karachi,Pakistan.Penyertaan daripada masyarakat yang hadir memberikan sokongan dalam meraikan para pelajar yang baru selesai menamatkan pengajian mereka.Perkara inilah yang perlu di pupuk dalam kalangan masyarakat kita supaya mereka tidak lagi memandang madrasah adalah pilihan terakhir bagi anak-anak mereka melanjutkan pelajaran setelah pengajian moden tidak lagi menerima anak-anak mereka.

Satu perkara yang perlu di ingatkan ialah,perjuangan membina jambatan antara masyarakat awam dengan pihak madrasah harus di pertingkatkan.Perlu di ingatkan bahawa Darul Uloom Deoband di India sepanjang perjalanan tadbir urusnya tidak pernah menerima bantuan kewangan daripada kerajaan India,tetapi mereka menerima sumbangan daripada masyarakatnya (yakni umat Islam di India dan di seluruh dunia).Masyarakat di sana memandang tinggi pengajian tradisional di sana.Budaya memasyarakatkan madrasah juga perlu di wujudkan supaya Madrasah-madrasah di negara kita menerima persepsi yang baik daripada masyarakat,seperti yang terjadi di benua Hind,Afrika Selatan dan lain-lain tempat di mana masyarakat sama-sama membantu pihak madrasah dalam membangunkan institusi pengajian tradisional ini untuk berdiri sama gahnya dengan institusi pengajian moden di Universiti-universiti.

P/s : Pengajian Alimiyyah Dars-Nizami bersamaan dengan Master/sarjana (jika mengikut sistem piawaian Universiti manakala Pengajian peringkat Takhasus adalah bersamaan dengan PHD (mengikut piawaian Universiti).

Sunday, December 15, 2013

Shah Waliyyullah Pemegang Sanad Hadith Benua Hind

Asatizah kita ketika menziarahi perkuburan pemegang sanad hadith di benua Hind,iaitu Shah Waliyyullah Dehlawi rah di Delhi baru-baru ini.

Ketika saya membaca Malfuzat Azizihati saya tertarik kepada satu kisah yang begitu menakjubkan saya.Antaranya ialah kisah pemegang sanad ilmu hadith di benua Hind iaitu Qutb al-Din Ahmad ataupun lebih di kenali sebagai Shah Waliyyullah Dehlawi rah (1703-1762 M) yang dilahirkan empat tahun sebelum kematian Maharaja Mughal Aurangzeb (1618-1707 M).Beliau berketurunan daripada daripada Sahabat Nabi Saw iaitu Sayyiduna Umar r.hu.Keturunan Shah waliyyullah Dehlawi rah adalah dikatakan telah berhijrah ke India dan telah mendapati bahawa terdapat ketenteraman di bumi ini iaitu di Kampung Rohtak,India.Apabila tentera Tatar menyerang Iraq dan Iran,datuknya Syeikh Wajihuddin adalah seorang pegawai tentera dalam tentera Shah Jahan dan seorang yang selalu membaca al-quran.Dalam peperangan tersebut datuk beliau telah menyokong Aurangzeb.


Pintu gerbang ke perkuburan Dehlawi di Delhi.Di sini bersemadinya Shah Waliyyullah Dehlawi rah,4 orang anaknya dan keluarganya.

Bapa Shah Waliyyullah Dehlawi rah iaitu Shah Abdul Rahim rah (w 1719 M) adalah seorang ulamak yang sangat disayangi dan dihormati oleh masyarakat dan beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam di dalam pelbagai disiplin ilmu dan fiqh Islam.Oleh kerana itulah beliau diberi amanah oleh  Maharaja Alamgir Aurangzeb dengan tugas yang penting iaitu menyemak semula Fatawa Alamgiri.

Madrasah Rahmania yang di asakan oleh Shah Abdul Rahim rah (w 1719 M)Beliau (Shah Abdul Rahim rah) menubuhkan sebuah madrasah di Delhi yang di kenali sebagai Madrasah Rahimiya.

Shah Waliyyullah Dehlawi rah mempelajari al-Quran pada usia 10 tahun. Pada usia 14 dia membaca sebahagian daripada kitab Bauzayi dan beberapa bahagian besar kitab Mishkawah.Beliau menjadi guru di madrasah bapanya pada usia 17 tahun.Beliau terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran selama 12 tahun di Madrasah Rahimiya.,Pada usia beliau 23 tahun,beliau berhijrah ke Hijaz pada tahun (1730 M) dan menetap di sana iaitu di Madinah selama hampir 2 tahun.

Dargah Shah Waliyyullah Dehlawi rah di Delhi.

Di sana,beliau telah mempelajari kitab Sahih Al Bukhari daripada Syeikh Abu Tahir Muhammad bin Ibrahim Kurdi Madani rah (w1733 M).Kemudiannya Syeikh Abu Tahir rah mengarahkan beliau untuk mempelajari hadith dalam enam kitab himpunan utama hadith iaitu (Bukhari,Muslim,Tirmidhi,Abu Daud,Nasa'i,Ibn Ma'jah),Muwatta Imam Malik rah,Musnad Da'rimi dan lain-lain lagi.Beliau kemudiannya memperolehi ijazah dalam ilmu hadith daripada Syeikh Abu Tahir rah.Setelah itu beliau kembali ke Makkah, menunaikan haji sekali lagi dan belajar kitab Muwatta Imam Malik rah dari Syeikh Wafadullah Maliki Makki rah,kemudianya sempat menghadirkan diri dalam halqah Sahih Al Bukhari dari Syeikh Tajuddin Hanafi Qalaei Makki rah selama beberapa hari dan mempelajari Sahih Sittah dari Syeikh Tajuddin rah sendiri.Beliau kemudiannya telah di ijazahkan kebenaran untuk mengajar semua kitab-kitab hadith oleh Syeikh Tajuddin rah sendiri.


Batu Tanda Shah Abdul Rahim rah (w 1719 M)


Akhirnya Shah Waliyyullah kembali ke India pada awal 1145 H (1732 M) dalam perjalanan pulang yang mengambil masa selama 6 bulan dan beliau sampai di Delhi pada hari Jumaat 14 Rejab 1145 H (30 Disember 1732 M).


Batu Tanda Shah Waliyyullah Dehlawi rah


Setibanya di kediamannya,beliau mula mengajar dan menulis kitab-kitab sehingga kematiannya menjemputnya pada  tanggal 29 Muharram 1176 H ( 20 Ogos 1763 M ).Beliau di maqamkan di perkuburan yang sekarang ini di kenali sebagai perkuburan Dehlawi di Delhi.


Sanad Hadith Toriq Shah Waliyyullah Dehlawi kepada pengasas Darul Uloom Deoband

1.Shah Abdul Aziz Muhadith Dehlawi rah (1746-1824 M) (anak sulong Shah Waliyyulah Dehlawi rah) mengambil daripada Shah Waliyyullah Dehlawi rah.
2.Shah Muhammad Ishak Muhadith Dehlawi rah (1783-1846 M) (anak Shah Abdul Aziz Muhadith Dehlawi rah) mengambil daripada Shah Abdul Aziz Muhadith Dehlawi rah.
3.Shah Abdul Ghani Muhadith Dehlawi rah (1819-1878 M) ( anak Shah Muhammad Ishak Muhadith Dehlawi rah (1783-1846 M)) mengambil daripada Shah Muhammad Ishak Muhadith Dehlawi rah.
4.Maulana Muhammad Qasim Nanotwi rah (1833-1880 M) dan Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah (1826-1905 M)-(Pengasas Darul Uloom Deoband) mengambilnya daripada Shah Abdul Ghani Muhadith Dehlawi rah.
5.Syeikhul Hind Maulana Mahmudul Hasan Ad-Deobandi rah (1851-1920 M)-(Murid pertama Darul Uloom Deoband) mengambil daripada Maulana Muhammad Qasim Nanotwi rah dan Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah.

Rujukan : 

1.Malfuzat Azizi,halaman 72-82.
2.Biografi Shah Waliyyullah Dehlawi,halaman 8-10.
3.Maulana Zaharuddin Nawi (http://ihyaaturaathina.blogspot.com/)

Tuesday, December 10, 2013

Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi

Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi (1851- 1920 M) atau lebih di kenali sebagai Syeikhul Hind (Pemimpin India kerana memimpin gerakan melawan penjajah British di India) adalah pelajar pertama di Darul Uloom Deoband dan kemudiannya di lantik sebagai guru hadith di institusi tersebut.Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan guru hadith yang hebat yang pernah di lahirkan oleh Darul Uloom Deoband.Kemudiannya beliau di lantik sebagai Sadr Mudarris (Ketua Guru ) dan penaung di Darul Uloom Deoband.Manakala dalam jalan tasawwuf pula,beliau menerima ijazah dari Syeikhul Masyaikh Haji Imdadullah Muhajir Makki rah (1817-1899 M) dan kemudian menerima ijazah daripada Imam Robbani Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah (1829-1905 M) .

Beliau meninggal dunia pada tahun 1920 M dan meninggalkan murid-murid beliau yang kemudiannya menjadi ulamak-ulamak hebat dan di segani di seluruh dunia.Antaranya ialah :

1.Syeikhul Hadith Maulana Anwar Shah Kashmiri rah (1875- 1933 M)
2.Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi rah (1863 – 1943 M)
3.Maulana Shabir Ahmad Uthmani rah (1886 -1949 M)
4.Mufti A'azam Mufti Syafi' Uthmani rah (1897-1976 M)
5.Syeikhul Islam Maulana Husain Ahmad Madani rah (1879 -1957 M)
6.Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi rah (1885-1943 M)
7.Maulana Ubaidullah Sindhi (1872- 1944 M)
8.Mufti A’zam Kifayatullah Dehlawi rah (1875-1952 M)

Antara pelajar-pelajar beliau ialah,seperti Maulana Asyraf Ali Thanwi rah yang merupakan seorang ulamak hebat yang pernah mengarang lebih daripada seribu buah kitab dalam pelbagai disiplin ilmu.Salah seorang lagi pelajar beliau iaitu  Maulana Ubaidullah Sindhi rah yang pernah hukum oleh British sehingga beliau dibuang ( ke Kepulauan Andaman,India) selama 25 tahun.Apabila beliau meninggalkan negara India, janggutnya baru sahaja mula tumbuh dan apabila beliau kembali selepas 25 tahun, janggutnya sudah berubah menjadi putih.Salah seorang lagi daripada pelajar beliau daripada adalah Mufti Kifayatullah Dehlawi rah.Mufti Kifayatullah Dehlawi rah menghasilkan fatwanya yang telah dibentangkan kepada Ulamak-ulamak Mesir,mereka(Ulamak-ulamak Mesir) mengatakan bahawa "Kami tidak menemui lagi seorang yang begitu alim yang hebat di dunia ini seperti kami menemui Mufti Kifayatullah Dehlawi rah".

Mufti A’zam Kifayatullah Dehlawi rah.Hayat beliau di dunia ini adalah selama 77 tahun iaitu dari 1875 – 1952 M.Mufti Saheb belajar di Darul Ulom Deoband sekelas dengan Mufti Syafi' Uthmani rah ,Syeikhul Hadith Maulana Anwar Shah Kashmiri rah dan Syeikhul Islam Maulana Husain Ahmad Madani rah.

Di antara murid Syeikhul Hind lagi adalah Syeikhul Hadith Maulana Anwar Shah Kashmiri rah yang telah menulis satu ulasan atau syarah terhadap Sahih Al-Bukhari iaitu Fayd Al-Bari Ala Sahih Al-Bukhari.Komentar oleh Maulana Anwar Shah Kashmiri ini telah diberikan pujian hebat oleh ulamak-ulamak ASWJ dari seluruh pelusuk dunia antaranya al-'Allamah Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari rah (1879-1951 M) dan al-'Allamah Syeikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah rah (1917- 1997).

Salah seorang murid Syeikhul Hind ialah Maulana Muhammad Ilyas rah,pelopor Jemaah Dakwah & Tabligh yang telah terbukti telah berjasa kepada masyarakat Islam dewasa ini.Beliau (Maulana Muhammad Ilyas rah) adalah seorang yang sederhana dari segi ketinggiannya dan lemah pertuturannya (kerana lidah beliau terkena sejenis penyakit yang menyebabkan beliau gagal bertutur dengan baik).Beliau sangat suka merendah diri.Bahkan Syeikhul Hind pernah berkata bahawa : "Apabila aku melihat wajah Maulana Muhammad Ilyas rah,maka aku teringat akan kehidupan Para Sahabat r.hum ajmain".

Masjid Bangla-Walee menjadi tempat pengumpulan Jemaah Dakwah & Tabligh dari seluruh dunia

Semasa beliau mula melakukan Usaha Tabligh di daerah Panipat dalam negeri Haryana kira-kira 90 km dari Delhi ,India.Penduduk Panipat telah menghalaunya beberapa kali,ada sekali beliau telah di pukul oleh penduduk Panipat yang mana telah menyebabkan beliau rebah ke tanah lalu pengsan.Apabila beliau sedar semula,beliau mengatakan kepada orang ramai yang memukulnya : "Kamu semua harus perlu pergi ke masjid dan dengarlah hadith-hadith Nabi Saw yang di bicara di dalamnya ".Mengapa beliau (Maulana Muhammad Ilyas rah) dipukul dan di tampar? beliau tidak dipukul dan di tampar kerana beliau adalah lemah,tetapi beliau dipukul kerana Rasulullah Saw juga pernah dipukul di Taif.Beliau dipukul kerana Rasulullah Saw juga pernah dipukul di jalan-jalan di Kota Mekah. 

Pengkebumian Syeikhul Hind

Kubur Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi di perkarangan perkuburan Darul Uloom Deoband.Semoga Allah Swt terangkan pusara beliau dengan cahaya yang sempurna.Amin

Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi rah telah meninggal dunia pada tahun 1921 M di Delhi di rumah salah seorang daripada murid beliau,iaitu Hakim Ajmal Khan (1868–1927 M),salah seorang Hakim yang sangat terkenal di Delhi.Jasadnya telah dibawa dari Delhi ke Deoband.Apabila jasadnya telah diletakkan di untuk di mandikan,pakaianya telah di tanggalkan,maka masyarakat tempatan dapat melihat jasadnya yang tiada lagi daging di pinggang dan belakangnya.Yang tinggal hanya kulit dan tulangnya sahaja.Kesemua mereka yang hadir melihat upacara ini menangis.Apabila Syeikhul Islam Maulana Husain Ahmad Madani yang mengajar hadith di Calcutta pada masa itu,datang ke Deoband,masyarakat tempatan memaklumkan kepadanya mengenai keadaan Syeikhul Hind ini.Mereka memberitahunya bahawa Syeikhul Hind tidak mempunyai daging pada tubuhnya,hanya tinggal kulit dan tulang.Beliau (Maulana Husain Ahmad Madani) juga tiba-tiba menangis dengan hiba dan berkata: " Syeikhul Hind telah meminta saya untuk tidak mendedahkan rahsia ini.Apabila Syeikhul Hind (guru saya),dibawa sebagai tawanan ke Malta,pegawai British telah membawanya ke salah satu kurungan bawah tanah di mana beliau akan telah di seksa dengan belakangnya telah di letakan dengan besi panas dan kerana permintaan British supaya Syeikhul Hind Mahmudul Hasan mengeluarkan fatwa yang memihak kepada British.Beliau menolak untuk mengeluarkan fatwa sebegitu.Lalu hukuman kejam ini dikenakan terhadap beliau sehinggalah beliau pengsan kerana tidak tahan di seksa sebegitu.Apabila Pegawai British datang berbisik ke telinganya,beliau akan berkata : " Wahai British ! Walaupun tubuh saya kurus,saya tidak ada apa-apa.Saya seorang pewaris kepada Sayyiduna Bilal r.hu. Walaupun kulit saya dikupas dari badan saya,tetapi saya tidak akan mengeluarkan fatwa yang memihak kepada kamu.Hal ini merupakan manifestasi kecintaan,kesetiaan dan ketaatan Syeikhul Hind untuk Rasulullah Saw dan agamanya.

Salah seorang daripada pelajar Syeikhul Hind iaitu Maulana Muhammad Ilyas rah.Melalui Usaha Tabligh yang di pelopor olehnya pada hari ini telah merentasi 165 buah negara di seluruh pelusuk dunia.Siapa yang boleh menghalangnya daripada melakukan kerja-kerja ini ? Orang-orang hebat yang terlibat secara istiqomah dalam Usaha Tabligh ini walaupun beberapa orang telah berusaha untuk menghalangnya.Sebenarnya tiada siapa yang boleh menghalang pergerakan Jemaah ini dari maju ke hadapan.Jemaah ini sebenar telah menerima doa daripada para Akabir Deoband dan inshalah,tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalang pergerakan Jemaah ini daripada menyebarkan mesej-mesej Islam yang haq.

P/s : Rujukan Ulama Deoband,Penerbitan Darul Uloom AzaadVille,Afrika Selatan,Halaman 54-57 dan Ulamak-Ulamak Agung Deoband,Mufti Taqi Uthmani,Halaman 19.

Tuesday, December 3, 2013

Wasiat Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi Kepada Anaknya Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi

Alhamdulillah,pada kali ini,saya lampirkan perbualan akhir antara penerus kerja Jemaah Dakwah&Tabligh bersama dengan anaknya iaitu Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi sebelum Maulana Muhammad Ilyas meninggal dunia.

Bilik yang khusus dan katil kayu ini menjadi tempat Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi memberikan beberapa nasihat kepada muridnya seperti Mufti Shafi Uthmani',Maulana Zafar Ahmad Thanwi,Maulana Qari Muhammad Tayyib,Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi dan ramai lagi di Thana Bhawan,UP,India

Hal ini adalah merupakan salah satu daripada wasiat yang diberikan oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi rah kepada anak lelakinya iaitu Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi rah, dan ianya juga merupakan salah satu daripada kata-kata terakhir untuk mereka berdua.

Pada hari Rabu,jam kira-kira 04:00 pagi,Maulana Ilyas rah sedang berbaring di atas katil dengan saya (M.Yusof) duduk di sebelah kanannya.Beliau memanggil saya dan saya pergi untuk duduk di sebelah kiri beliau dalam keadaan menghadap ke arah beliau.Maka berlakulah perbualan antara saya (M.Yusuf dan beliau (M.Ilyas) seperti berikut :

M.Ilyas berkata: " Di manakah orang-orang yang mulia yang lain?
M.Yusuf menjawab: " Mereka sedang bermesyuarat di dalam bilik Maulana Ihtisham Ul Hasan Kandhalawi (murid utama M.Ilyas). "
M.Ilyas bertanya:"Adakah kamu (M.Yusuf) tidak bersama dengan mereka dalam mesyuarat itu ?"
M.Yusof menjawab: "Jika kamu perintahkan demikian, saya akan pergi ke sana."
M.Ilyas berkata: " Mesyuarat adalah mengenai tentang diri kamu,dan kamu tidak bersama dengan mereka,tunggu sehingga mereka memanggil kamu,kemudian kamu pergi kepada mereka "

M.Ilyas meneruskannya lagi: "Dan janganlah urusan kamu dan saya ini menjadi bahan permainan.Apa sahaja yang kamu terima dari Ahlul Allah (ahli mesyuarat) itu sebenarnya adalah benar sama sekali "

Masjid Bangla-Walee,di Nizhamuddin.Tempat pemukiman aktivis Dakwah dari seluruh dunia

M.Ilyas kemudiannya mengungkap beberapa bait syair kepada anaknya M.Yusuf.

Kemudian M.Ilyas berkata: "Ulama perlu membaca Qasidah Burda dan Shiyam al-Habib (Shiyam al-Habib adalah ringkasan dan buku yang komprehensif mengenai Shama'il.Ianya disusun oleh Mufti Ilaahi Bakhash Kandhalawi rah dalam bahasa Arab)dengan perasaan hormat dan dengan penuh kebesaran,jika tidak,tanpa perhormatan dan kerinduan,ianya akan menjadi tidak berguna.Dengan membaca al- Shiyam al-Habib,sebenarnya kedudukan Rasulullah saw dan penghormatannya menjadi lebih jelas,manakala dengan berqasidah Burdah pula,kecintaan kepada Rasulullah saw dihidupkan "

Selepas itu beliau berkata: "Kamu perlu terus istiqomah untuk memberi galakan kepada orang ramai supaya mereka membaca al-Quran di bahagian akhir malam dan terus berharap bahawa ianya akan menjadi sebahagian daripada rutin amalan harian mereka."

Rujukan : Biografi Hadhrat Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi rah - hal 69- 70.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini