Ikuti Blog Ini

Thursday, June 27, 2013

Pencerahan Adab Tidur Usaha Dakwah Dan Tabligh

Gambar sekadar hiasan

Alhamdulilah,segala puji bagi Allah Swt kerana telah mengizinkan saya untuk menyiarkan pencerahan mengenai tuduhan yang tidak ilmiah golongan tertentu terhadap amalan adab tidur yang di amalkan oleh sebahagian besar mereka yang terlibat di dalam kegiatan Dakwah dan Tabligh.

Artikel ini adalah untuk menjawab tuduhan yang di lemparkan di dalam blog ini dengan tajuk :

Justuru itu,saya bersama dengan Ustaz saya rasa terpanggil untuk menjawab tuduhan tersebut kerana tuduhan tersebut tidak begitu ilmiah dan di campuri dengan kebencian yang mendalam (masalah individu golongan tersebut di mana saya mengenali golongan-golongan ini).Kenapa saya katakan bahawa tuduhan mereka adalah pendustaan dan tidak ilmiah.Maka para pembaca bolehlah membaca segala pencerahan terhadap jawapan tersebut di dalam artikel yang telah saya compile dan muat naik di lawn web Scribd.Dan Boleh di download dan di baca di sini.Inshallah.

Tuesday, June 4, 2013

Laporan Sekitar Majlis Khatam Bukhari 2013/1434 di MUSP

Alhamdulillah,pada tanggal 1Jun 2013,telah berlangsung satu majlis Khatam Bukhari di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling (MUSP).Majlis ini diadakan setiap tahun ini dan kali ini memasuki tahun yang kesebelas penganjurannya bertujuan bagi meraikan para pelajar yang telah menamatkan pengajian secara Daurah al-Hadith di madrasah ini.Mereka yang telah berjaya menamatkan tempoh pengajian selama lebih 8 tahun di sini di raikan oleh pihak madrasah dengan upacara penyampaian Ijazah Sanad Hadith dan Sijil oleh Syeikhul Hadith di MUSP sendiri iaitu Al-allamah Maulana Abdul Hamid Bin Chin/Hashim Hafidzahullah.Turut menghadiri majlis ini ialah Ulamak terkenal dari Yaman juga pengarang kepada beberapa buah kitab iaitu  seperti  Fathul Wahhab Al Malik syarah umdatus Salik (Feqah Syafie) yakni  al-Faqih Syeikh Toha Abdul Hamid Al-Humaidi hafizahullah (tenaga pengajar Rubath Tarim, Hadhramaut,Yaman).Syeikh yang berada di Malaysia sempena dengan majlis Daurah bersama dengan Syeikh Toha Abdul Hamid Al-Humaidi di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia.Ketika majlis ini berlangsung Syeikh baru sahaja menamatkan daurahnya di MUSP dan beliau akan berkunjung ke beberapa buah negeri .Saya akan lampirkan jadual syeikh di bahagian bawah artikel ini.

Barisan para asatizah MUSP.

Majlis Khatam Bukhari yang ke-11 yang disampaikan dan di ijazahkan oleh Syeikhul Hadith Maulana Abdul Hamid Hafidzahullah yang sanadnya bersambung sehingga kepada Al-arifbillah Imam Shah Waliyullah Dehlawi (seorang wali Allah yang alim dalam bidang hadith dan kesufian) dan bersambung sehingga kepada Imam Bukhari rah.

Upacara pemberian ijazah hadith oleh Syeikhul hadith Maulana Abdul Hamid Hafidzahullah dan juga upacara pemakaian serban adalah simbolik yang telah di amalkan oleh para alim ulamak bagi menyatakan pengijazahan yang mereka telah berikan sebagai tanda penghargaan dan pengijazahan kepada pelajar-pelajar ini.

Para pelajar memperolehi ijazah hadith secara al-Riwayah dan al-Dirayah daripada tenaga pengajar yang terdiri dari anak watan dan sanad-sanad mereka bersambung kepada para ulama India dan Pakistan atau Afrika Selatan hingga al-Imam Shah Waliyullah Dehlawi terus kepada pengarang kitab-kitab hadith yang masyhur hingga kepada Rasulullah s.a.w. secara muttasil.

Kepada pecinta majlis Ilmu,jangan lepaskan peluang daripada menghadiri majlis ini.

Sementara itu,pada tanggal 2 Jun 2013,turut mengadakan Majlis Khatam Bukhari ialah Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum,Hulu Langat.Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa tokoh Ulamak seperti  Syeikhul Hadith Al Fadhil Maulana Abdul Majid Krordpakka,Maulana Hussein Ar Ranggooni dan Al Fadhil Qari Yaseen bagi menyempurnakan upacara penyampaian  Ijazah Sanad Hadith dan Sijil kepada para pelajarnya.Saya telah menulis sedikit mengenai tokoh-tokoh ini di sini.

Apa yang menarik perhatian saya ialah keadaan Syeikhul Hadith Maulana Abdul Majid Krordpakka terpaksa bersandar kerana mengalami sakit jantung.Saluran jantung beliau telah ditutup 4 jalan kata khadamnya.Doktor mengatakan bahawa,beliau hanya menunggu masa untuk kembali menemui PenciptaNya,tetapi,kata murid beliau,maulana bukan hidup degan nyawa lagi,tapi beliau hidup dgn NYAWA HADIS NABAWI!!!Beliau dalam keadaan sebegitu sanggup menerima jemputan dari Pakistan untuk datang ke majlis ini.Allahu akbar

Saturday, June 1, 2013

Majlis Khatam Bukhari Di Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum,Hulu Langat

Alhamdulillah,kesemua masyaikh-masyaikh yang akan mengendalikan majlis khatam pada kali ini sudah pun berada di Madrasah,mereka menunggu untuk keesokan harinya (2 Jun 2013 bersamaan 23 Rejab 1434H) bagi mengendalikan majlis ini.

Dari kanan Syeikhul Hadith Al Fadhil Maulana Abdul Majid Krordpakka,Maulana Hussein Ar Ranggooni dan Al Fadhil Qari Yaseen.

Syeikhul Hadith Al Fadhil Maulana Abdul Majid Krordpakka telah berpengalaman mengajar Bukhari Syarif selama lebih 40 tahun.

Ayuh,pencinta ilmu hadith,marilah kita datang ke majlis ini,semoga kita memperolehi keberkatan dan kebajikan di sisi Allah swt.

Kepada yang tidak tahu di mana letaknya madrasah ini,sila lihat di pautan ini.http://mtmu.edu.my/contact-us/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini