Ikuti Blog Ini

Friday, May 31, 2013

Hebahan Majlis Khatam Al-Bukhari

Untuk majlis di MUSP,saya tidak mendapat detil maklumat siapakah yang mengendalikan majlis ini

Alhamdulillah,beberapa hari yang lalu saya telah di hubungi oleh kenalan dan kenalan saya itu menghubungi saya  untuk memberi tahu kepada saya supaya saya dapat mengiklan dua majlis ilmu ini di ruang blog ini.Pertamanya ialah majlis khatam Al-Bukhari di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan yang keduanya ialah Majlis Khatam  Al-Bukhari di Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum,Hulu Langat.

Di sini saya serta poster majlis tersebut,seperti mana yang di lihat pada bahagian atas tulisan ini ialah majlis yang akan berlangsung di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan poster di bawah ialah majlis yang akan berlangsung di Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum,Hulu Langat.



Untuk majlis ini,saya telah mendapat khabar bahawa yang akan mengendalikan majlis ini ialah seperti yang tertera di dalam poster tersebut.Maulana Hussein Al-Ranggooni ialah seorang tokoh hadith kelahiran negeri Kelantan.Maulana Hussein sangat alim di dalam bidang Hadith,beliau memiliki Sanad Hadith hingga kepada Imam Bukhari,Imam Mazhab 4 dan terus bersanad kepada Rasululullah SAW .Beliau sekarang mengajar di pondok-pondok sekitar Kelantan  dan beberapa kuliah di masjid dan surau sekitar semenanjung Malaysia.Di antara anak murid beliau ialah Baba Ghazali Sekam Pattani sekalipun masih belajar dengan beliau dan termasuk Dr Lukman anak Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah masih belajar dengan beliau.
Maulana Hussin bin Abdul Qadir al-Ranggooni

Sementara itu,Maulana Abdul Majid Al-Bakistani pulak ialah merupakan  Syeikhul hadith Krordpakka dan beliau di antara Syeikhul Hadith tertua selepas Maulana Salimullah Khan(Ketua Wefaq Deobandi,di Pakistan).Beliau sekarang menyandang jawatan sebagai Amir Majlis Khtam Nubuwwah (yang menentang ajaran sesat Qadiani) selepas kematian Mursyidi Maulana Khwaja Khan Mohamad pada 2 tahun lepas.

Ayuh,pencinta Ilmu Hadith,marilah sama-sama kita penuhi waktu dan masa kita menghadiri majlis sebegini.Semoga Allah Swt menganjari setiap amalan kebaikan yang kita lakukan.

Sunday, May 26, 2013

Fiqh Dakwah To Non-Muslim

Usaha dakwah adalah suatu usaha yang ahsan, afdhal, a'zam, a'la dan aufaq bis-sunnah. Allah swt sendiri merupakan perintis kepada kerja ini seperti mana firman-Nya 
A025
Ertinya : “dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).”.(Q.S Yunus ayat 25)

Dakwah adalah perkataan masdar bahasa arab dari Da,a Yad,uu Da,watan yang bermaksud menjemput atau mengajak. Sekiranya kita mengajak kepada Allah,maka itu adalah dakwah ilallah,sekiranya mengajak pada maksiat,itu dipanggil dakwah ilal munkar.Syaitan juga berdakwah,tapi mereka berdakwah kepada neraka jahannam.

Mari kita membaca sendiri jawapan daripada Ustaz Wan Abu Laibah mengenai Aulawiyat/keutamaan dakwah kepada orang Islam dan kepada orang bukan Islam.
Haji Salleh Mubin (Mantan Ketua Jemaah Haji Malaysia juga merupakan Timbalan Pengerusi
 Masjid Jamek,Sri Petaling sedang menyantuni masyarakat Tiong Hoa ketika majlis sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfiri yang di anjurkan oleh pihak Masjid Jamik ,Sri Petaling.

Setiap sesuatu pasti ada sebab dan hikmahnya.Begitu juga usaha dakwah kepada Non-Muslim.

Sebenarnya isu pelaksanaan dakwah kepada Non-Muslim ini telah menjadi isu besar bagi mereka di luar sana yang senantiasa mencari isu bagi menghentam Jemaah Usaha Dakwah Tabligh.Pelbagai-bagai gelaran di lemparkan seperti "melambatkan proses dakwah,dakwah yang jumud" di labelkan kepada Jemaah ini.Sebenarnya,setiap perkara di dalam Jemaah ini telah di buat dengan teliti dan di kuatkan dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadith.Segala-galanya telah di di bahas dan di jelaskan di dalam artikel setebal 9 m/s itu.

Saya sudah uploadkan artikelnya di scribd dan,para pembaca yang budiman boleh membaca dan memuatturun di website berkenaan.Di bawah ini saya letakan linknya.

http://www.scribd.com/doc/143372613/Fiqh-Dakwah-To-Non-Muslim-pdf



Saturday, May 18, 2013

Laporan Penuh Program Tuan Syeikh Nuruddin Banjari di Masjid Jamek,Sri Petaling


Alhamdulillah,semalam (17/5/2013) telah berlangsung satu majlis pengkhataman Kitab Sohih Bukhari & Penyampaian Sanad serta sijil kepada pelajar-pelajar Mahaad Dirasatil Islamiah Lil Banad,Sri Petaling (madrasah khusus untuk golongan wanita) atau lebih di kenali sebagai Madrasah Maulana Hamzah.Upacara majlis ini telah di sempurnakan oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Hafidzahullah.

Majlis yang bermula sekitar 2.30 petang itu telah berjaya di sempurnakan muhibbahnya oleh Tuan Syeikh sehingga berjaya menarik ratusan orang yang dahagakan agama dan ilmu hadith daripada Tuan Syeikh.Tuan Syeikh yang datang ke Pusat Komuniti Sri Petaling itu daripada Masjid KLIA di mana beliau telah menunaikan solat Jumaat di sana kemudianya bertolak ke Majlis ini.

Kedatangan Tuan Syeikh telah di sambut oleh barisan Ulamak daripada Madrasah Miftahul Ulum ,Sri Petaling dan Mahaad Dirasatil Lil Banad sendiri dengan di ketuai oleh Syeikhul Hadith Malaysia iaitu Maulana Abdul Hamid (Mudir Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling) Maulana Muhamad Mansoor Ismail,Maulana Abdul Razif ,Maulana Muhamad Hamzah,Maulana Ali dan ramai lagi para asatizah daripada kedua-dua madrasah ini.

Kelihatan Tuan Guru Syeikh di temani Maulana Mansoor dan Maulana Khalid Saifullah ketika majlis penyampaian Sanad hadith.

Tuan Guru Syeikh ketika di majlis ini

Sementara itu,selepas upacara majlis penyampaian ini,Tuan Guru Syeikh telah berkesempatan menunaikan solat Fardhu Asar secara berjemaah di Masjid Jamik Bandar Baru,Sri Petaling bersama-sama dengan ratusan jemaah yang lain.

Jemaah Masjid Bandar Baru Sri Petaling tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Ulama Nusantara Tuan Guru Syeikh Nuruddin selepas solat 'Asar.

Turut kelihatan mengiringi Tuan Guru Syeikh berangkat meninggalkan masjid ialah Maulana Ali dan Maulana Amir Hamzah.

Video rakaman penuh majlis ini di sini :
1.http://www.youtube.com/watch?v=F6aEVbUb3kg&feature=youtu.be
2.http://www.youtube.com/watch?v=yCVca05eOQ0

Friday, May 17, 2013

Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari Di Masjid Sri Petaling petang ini

Majlis Bersama Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari di Pusat Komuniti Masjid Jamek Sri Petaling petang ini.

Inshallah,Tuan Guru Syeikh yang kita sayangi akan datang menziarahi Masjid Jamek Sri Petaling tengahari ini (17/5/2013).Kedatangan Tuan Guru Syeikh adalah bagi memenuhi jemputan pihak Madrasah Maahad Dirasatil Islamiah Lil Banad bagi ucapara penyampaian Sanad/Ijazah dan Sijil kepada pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian di madrasah tersebut.Madrasah tersebut sebenar lebih di kenali sebagi Madrasah Ustaz Hamzah yang mengkhususkan untuk golongan wanita sahaja.

Tuan Guru Syeikh di jangka tiba di Masjid Jamek Sri Petaling pada pukul 2.30 petang dan dan satu lagi laporan mengatakan bahawa Tuan Guru Syeikh di jangka turut menyertai solat Jumaat di masjid tersebut.Majlis penyampaian Sanad/Ijazah dan sijil kepada pelajar-pelajar akan di mulakan sebaik sahaja solat Jumaat.

Sejuk dan tenang apabila memandang wajah ulamak

Tuan Guru Syeikh  juga di gelar sebagai  al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) kerana mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga.Gelaran itu merupakan satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar sendiri.Beliau juga mewarisi sanad hadith tertinggi di dalam dunia Islam ini daripada Syeikh Yasin al-Fadani.

Friday, May 3, 2013

Qudwah Dalam Jemaah Dakwah


Majlis khatam Sahih Bukhari di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling.Gambar ini menujukan batch yang ketujuh lepasan Daurah Al-Hadith daripada madrasah ini.

Setelah menulis beberapa siri artikel dalam menerangkan penglibatan golongan ulamak di dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh di Malaysia ini,kini sudah  tiba masanya untuk saya mengakhiri siri artikel ini.Kebiasaanya,mereka yang bergiat aktif di dalam Jemaah ini akan di kaitkan dengan kejahilan dan sebagainya lagi.Di sini saya ingin mengatakan bahawa apabila Jemaah ini bergerak ketika melakukan aktiviti dakwah,mereka akan lebih tertumpu kepada kitab-kitab seperti Fadhilat A'mal,Muntakhab Al-Hadith dan Hayatush Sahabah.Tetapi apabila seseorang itu mempunyai keinginan dalam menuntut ilmu maka tiada had kepada kitab-kitab tersebut sahaja,bahkan kelas-kelas pengajian dibuka terutamanya dalam bidang hadith samaada secara umum untuk orang awam ataupun secara khusus untuk pelajar madrasah sahaja.

Walaupun begitu,di markaz Jemaah ini sama ada di Sri Petaling,Kuala Lumpur,atau di tempat-tempat lain wujud pengajian hadith,fiqh,akhlak untuk orang awam,begitu juga Ulamak-ulamak yang berada di dalam Jemaah ini mengajar kitab-kitab seperti Misykatul Masabih,Syarah Aqidah Tahawiyah,Tafsir Al-Quran,Fiqh Mazhab dan sebagainya untuk orang awam,bahkan telah ada kelas pengajian seperti Daurah Al-Hadith  untuk orang awam yang ingin mempelajarinya secara sepenuh masa seperti mana yang saya telah terangkan dalam artikel sebelum ini.

Bangunan baru di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling bakal mencatat lembaran baru apabila pengajian Takhasus Fil Hadith akan di perkenal buat pertama kalinya di Malaysia.


Sebenarnya,Jemaah ini sudah ada tajdid (pembaharuan).Jika dahulu,bilangan para alim ulamak yang turut serta di dalam Jemaah ini sangat sedikit,tetapi setelah lebih 30 tahun Jemaah ini bertapak di bumi Malaysia,peningkatan alim ulamak yang mengambil bahagian di dalam Jemaah ini meningkat.Jika dahulu,yang menggerakan struktur Jemaah ini ialah golongan “Awamunaas” (orang awam),maka kebarangkalian mereka menyampaikan sesuatu berisiko yang mengandungi kesilapan sangat tinggi.Tetapi,sekarang alhamdulillah,kebanyakan yang menyampaikan syarahan/bayan (penerangan) di dalam majlis Jemaah ini ialah mereka yang terdiri daripada para alim ulamak,paling tidak alim ulamak kalangan mereka ialah yang telah tamat pengajian secara Daurah al-Hadith.Mereka (para alim ulamak inilah di berikan peranan sebagai jurubicara di setiap majlis-majlis anjuran Jemaah ini.



Saya mengakui kadang-kala mendengar ucapan dari “awamunaas” Jemaah ini ada kalanya mengandungi kesilapan fakta,hujjah,dalil dan sebagainya.Namun tindakan mereka yang kurang cermat membakulkan bahawa semua aktivis Jemaah ini adalah sebegitu merupakan satu kesilapan besar.Saya sudah pun menerangkan bahawa di dalam Jemaah ini khususnya di Malaysia sudah mengalami tajdid/pembaharuan kerana rata-rata sekarang,setiap jemaah yang di keluarkan akan di sertakan seorang alim dan hafiz.

Salah satu tulisan tangan Syeikhul Hadith,Maulana Muhamad Zakaria rah.Maulana juga merupakan antara ulamak besar yang memayungi Jemaah ini. 

Kesimpulannya,Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini merupakan satu gerakan dakwah,namun ianya agak mustahil akan terjadinya kesatuan dalam satu satu mazhab fiqh.Justuru itu,salah satu amalan yang diamalkan mesti ada sandaran dan asal dalam syariat,dan setahu saya tidak ada amalan bidaah yang diamalkan atas nama Jemaah ini,dan jika adapun,ianya adalah bersifat individu dan jumlahnya sedikit dan inshaAllah kita semua sama-sama berdoa dan berusaha untuk membaikinya,dan jika ada amalan-amalan yang bertentangan dengan amalan mana aliran di dalam masalah fiqh,maka ianya bukanlah dasar dari Jemaah ini,bahkan ianya telah dibahas dan diperincikan atas dasar mereka adalah lamak hadith dari benua India/Pakistan bukannya atas sifat mereka adalah masyaikh di dalam  Jemaah ini. 

Kebanyakan masyaikh Jemaah ini mempunyai hubungan yang kuat dengan Madrasah Darul Uloom Deoband. Apa sahaja suara Darul Uloom,Deoband maka itulah suara kebanyakan Masyaikh di dalam Jemaah ini.Sebab itulah jarang kita mendengar masyaikh di dalam Jemaah ini di kritik kerana,apabila mereka di kritik,seolah-olah Darul Ulum,Deoband juga di kritik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini