Ikuti Blog Ini

Thursday, May 20, 2010

Mati syahid..(pelajar UMT dan gambar)











KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)


Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam

Doa pada saya,ingin keluar 4 bulan IPB 18 JUN 2010

146 comments:

  1. al fatihah utk arwah ..semoga dtmptkan dikalangan orang2 yg beriman ..takziah utk family arwah

    ReplyDelete
  2. atty's: amin ....terima kaseh.....janji Allah pasti2 benar...

    ReplyDelete
  3. subhanallah, semoga rohnya dirahmati Allah

    ReplyDelete
  4. maaf kerana bertanya...

    saya sedikit hairan dengan kerandanya... nampak macam keranda cina...

    maaf... kerana bertanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin keranda utk penerbangan dari Sabah ke sini

      Delete
  5. mashaAllah... sesuatu yg pelik nape seorang yg lemas leh keluar darah ye? sepatutnya berlaku kegagalan peparu yg dimasuki air menyebabkan fungsi jantung terganggu... septutnya jenazah bewarna kebiru biruan...pucat.

    itu menunjukkan asbab kematiannya hanya lah asbab... namun tanda yg besar yg Allah zahirkan bg ummat yg ikhlas dalam berjuang di jalan Allah, Ya Allah! jdikan lah aku seorang yg senantiasa mengikhlaskan diri utk AgamaMu... terimalah aku...

    p/s: hr ni p sri petaling utk urus visa dan flight utk 4bln IPB, korang doa utk aku ye... syahid di jalanNya...

    ReplyDelete
  6. Subhanaallah.... Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..
    al fatihah...

    ReplyDelete
  7. subhanallah..al-fatihah utk Allahyarham..niat utk syahid di jalan Allah juga..doa2 kn sy terpilih..aminnn

    ReplyDelete
  8. masyaLLah....
    encik rie:mungkin dari sabah kot keranda tu...

    ReplyDelete
  9. SubhanAllah...andai kiranya mayat itu adalah mayatku...tapi...malu la, belum layak rasanya... sebaya anak sulung saya, semoga anak2 kita semua Allah pilih hidup mati dalam perjuangan agama...kita juga kekal hingga akhir dlm husnulkhotimah...kematian yg dicemburui...

    ReplyDelete
  10. Agaknya sekarang dia sedang di kelilingi bidadari2...seperti sahabat2, dah berjumpa dgn sahabat2 yg selama ini kita dok baca tentang mereka...masyaAllah, masyaAllah, andai kiranya saya pun dapat peluang sebegini...janji Allah pasti benar...sebenar2nya...

    ReplyDelete
  11. salam, menurut karkuzari, keranda yang digunakan itu keranda cina, dikhuatiri jika menggunakan keranda biasa, keranda akan rosak. Ikram drsegi perbelanjaan drpd syura sandakan Hj. M Zain & Cikgu Juswan. Penurusan kargo tak pasati tapi diuruskan oleh seorg hj. (karkun) yg berkerja di airport Sandakan.

    sedikit karkuzari jemaah ni dan mengenai arwah ada di blog.

    mati yg dicemburui.

    ReplyDelete
  12. Umma-ali :amin...benar tanggapan kakak,jenazah ini pun sebaya saya,tengok lah keadaan jenazah nya,tenang je...sahdu kita melihatnye,semoga Allah terima pengorbanan beliau dan seluruh umat dan di jadikan asbab hidayat untuk seluruj umat manusia...

    syahid bukan hanya didapati didalam peperangan ...

    ReplyDelete
  13. Saya tinggal dikampong nelayan dan memang biasa melihat jenazah orang mati lemas.Tetapi ini memanglah janji Allah pada mereka yang berkorban atas agama Allah, didunia lagi kita lihat kematian mereka menjadi asbab hidayah, semuga Allah masukkannya bersama nabi2, siddiqin, syuhada dan solehin dan jadikan saya juga dapat Syahid dijalan Allah, saya perna bermimpi satu ketika dahulu saya mati ditembak ketika keluar di jalan Allah dikawasan Alaska semuga Allah Kabulkan.

    ReplyDelete
  14. Salam..
    jazakallah dtg bg info kat blog. Sememangnya ana pun tak tau lg hal ni. Pagi td baru blk klas masaail kat s.ptlg tp takde pula yg brckp ttg pkara ni..subhanallah. smoga korbannya utk agama Allah terima...amin.

    ReplyDelete
  15. Salam Anak Pendang.

    Janji Allah itu benar kepada mereka yang berjuang di jalan Allah, berusaha menjadi daie dan menyelamatkan iman saudara-saudaranya. Semoga segala amalan baik allahyarham diterima dan menjadi contoh ikutan.

    ReplyDelete
  16. Salam..

    Ade bbrpa entry juga kat blog ni yg ana teringin nk copy bila smpai masanya. Mnta izin yer.

    ReplyDelete
  17. Salam..
    Subhanallah..Benarlah janji Allah. Semoga menjadi pembakar semangat utk anak muda yg lain utk terus berdakwah..
    Al-Fatihah utk arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum tuan.

    Jazakallah atas karkuzarinya. InsyaAllah, moga janji yang di benarkan ini menjadi asbab untuk kita yang masih hidup, lebih ghairah dan istiqomah dalam usaha agama..
    Al-fatihah untuk Allahyarham.

    ReplyDelete
  19. Salam.

    "Semoga segala ilmunya yang baik terus hidup di dunia dan membantunya pula di akhirat kelak."

    Bersama-sama kita hadiahkan al-Ikhlas 313X untuk semua mereka yang telah syahid dijalan-NYA.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Masya Allah!!

    Syukru LILLAH sekali lagi...

    Di saat ana terdetik sejurus slps menerima emel dari sahabat remajamasjid@yahoogroup yg tlh mengirim emel berkenaan kisah ini (sblm ana menemui artikelnya di blog ini),ana cemas..ingin sekali ana melihat gambarnya spt yg diberitahu bhw gambar dan bukti disertakan.

    Namun tiada bukti atau gambar yg kelihatan. Yang kelihatan hanyalah tulisan.

    Sedih. Ana balas pd ownergroup tersebut utk kembali menyiarkan emel tsbut krn mungkin ada mslh2 teknikal.

    Menunggu,hari demi hari pun berlalu.

    Allahhh...

    Rindu utk menatap bagaimana wajah si Shahid yg di janji syurga oleh Allah itu.

    Alhamdulillah,Allah mudahkan hari ini ana buka shj laman Rakan Blog, ada yg sedang membicarakan ttg si Shahid ini.

    Persis dlm emel yg ana terima.
    Cuma bezanya ada gmbr tersebut.

    Bersyukur tdk terhingga Allah makbulkan hasrat utk melihat gmbr si Shahid.

    Hanya yg mampu terucap;

    Bertuahnya dia.

    Syukru LILLAH wa syukran to penyebar artikel ni.

    Moga sama2 sentiasa Allah letakkan kita berada di jalanNya yg haq ini.

    Amin!

    Izinkan juga ana menyebarluaskan berita ini pada sahabat2 yg lain utk berkongsi menunjukkan Kehebatan Allah SWT ini.

    Syukran.

    Ma'as Salamah.

    Al-Fatihah utk arwah.

    ReplyDelete
  22. innalillah, takziah utk keluarga,

    begitulah pengakhiran seorang anak muda yang ikhlas berjuang :)

    beliau insyaallah telah selamat, kita bgaimana pula?

    ReplyDelete
  23. Salam...Betapa mulianya remaja yang mati dalam berjuang atas nama Allah!...berapa ramai remaja yang mati kerana merempit di jalan raya, tetapi ramaikah remaja yang mati dalam berjuang di jalan-Nya ini? Keluarganya patut bersyukur kerana dianugerahkan anak yang soleh ini.Mudah-mudahan rohnya berada di sisi Tuhan sehingga hari kiamat.

    ReplyDelete
  24. terima kaseh atas komentar dari anda,doakan dan jemaah keluar IPB 18 JUN 2010...

    ReplyDelete
  25. MASYA ALLAH..... besar sungguh KEBESRAN ILAHI

    ReplyDelete
  26. SALAM...ANA STUDENT UMT..STU BATCH DGN ARWAH..ORG KL JUGAK,,PENAH SEKALI STU BAS DARI KL KE GANU DGN ARWAH..INGAT LAGI MUKA ARWAH..ARWAH TERPAKSA DUDUK SEBELAH DGN ORG NON MUSLIM..NAMPAK SGT X SELESA(AGAKNYA..INSYAALLAH,ANA X SLAH TAFSIR)..ANA SBG MUSLIMAH SGT SANJUNG AKHLAK ARWAH..ARWAH JNIS MENJAGA PANDANGAN..ANA PENAH MEMINATI AKHLAK NYA...KALU AKHLAK UMAT NABI PUN CM NI.....LEBIH2 INDAH AKHLAK NABI....SUBHANALLAH...UNTUK ARWAH...ANA DOAKN YG TERBAIK UNTUKNYA..AMIN...YE..MEMANG CEMBURU DGN KEMATIANNYA...TAPI HE DESERVE IT...DIA DAH SELESAIKAN AMANAHNYA DI DUNIA...CMNE DGN KITA??SEMOGA KITA DPT SAMA2 UP KAN SEMANGAT KITA ..UP KAN IMAN KITA...TARBIAH DAKWAH..JGN TINGGAL..INSYAALLAH... AKU MENCEMBURUI MU....-ANONYMOUS-

    ReplyDelete
  27. Setiap kali hubby keluar ana pasti risau adakah dia akan kembali lagi? Bila ditanya pada hubby selamba aje jawapan dari dia "Org macam abang sudi ke Allah pilih untuk syahid di jalan Allah?" (korban masih sedikit). Sejak itu tidak pernah lagi ana bertanya soalan itu... Untungnya Allah pilih dia. Teringat kisah satu sahabiah yg amat sedih bila anaknya mati ketika perang. Bukan dia sedih kerana anaknya mati..tapi dia sedih kerana tiada lagi anak untuk dia korbankan syahid kerana Allah (Semua anaknya telah mati syahid)..

    ReplyDelete
  28. subhanallah..telah pergi sang pewira 6ti siapa pula akan jd pengantinya? fkir2kanlah..insyallah mudah2an Allah pilih ana n seluruh umat islam terutamanya org muda sebagai peyambung atau penganti beliau utk meneruskan usaha agama sampai hari kiamat.semoga Allah ambik zuriat2 ana utk agama Allah swt.skrg ana sedang berkhuruj slama 3 hari di surau kg banggol tok ku..bersama ana budak remaja 16 tahun yg bernama hafiz dr kg bukit che nik yg berazam utk berjuang sampai syahid..insyallah azam kuat 4bln IPB lepas ijtimak besut trgganu pd 16 jun..slamat berjuang samapai syahid..insyallah..kpd remaja2 diluar sana enta bila lagi mau kuar..???? dunia dah nak kiamat lah bro ape tggu lagi...jom syahid secara bjemaah..hi..hi

    ReplyDelete
  29. Biarlah, itu hak allah sama ada seseorang mati syahid atau tidak. Siapalah kita sebagai manusia nak tentukan buruk atau jahat seseorang itu.

    ReplyDelete
  30. salam...
    terima kasih sudi memberi info di blog sy, lepas sy bc info tu, terus sy bukak blog ni, tp tak sempan nak tinggalkan komen, bz ckt...r ni bukak balik...
    Al-fatihah tuk arwah, beruntung dy dpt mati syahid...moga2 Allah pilih sy jgk,wlupn sy ni tk layak...

    ReplyDelete
  31. kami terus menunggu dan menanti cerita selanjutnya ttg arwah, mudahan ianya dapat meniupkan lagi semangat dan ruh jihad utk setiap muslim.
    Takbiiiir!!! Takbiiir!!!
    Ya Allah kurniakan kami syahid di jalanMu amiin.

    ReplyDelete
  32. Anonymous: terima kaseh kerana maklumat anda..

    Ummu Fatimah:alamak ,sy pun terkena skali...kurban masih low,,sebab tu ,mungkar masih banyak...

    Lasix Ba:masyaAllah,amin.....doakan sy...

    rasdan ibnu sabrie ;insyaallah.

    Anonymous:insyaAllah,akan di usahakan....

    solehah:amin,sy juga...

    orang biasa :sy yakin dia mati syahid,kita akan usahakan keatas ape yg kita yakini...

    ReplyDelete
  33. subhanallah...wlpn kematian yg x disgka2 tp mati di jln allah amat menggembirakan bg arwah...al-fatihah....

    ReplyDelete
  34. Innalillahi wainna lillahi rajiun..

    subhanallah..insyaALLAH arwah sudah bahagia di SANA dengan izinNYA..semoga allah tempatkan al-marhum dikalangan ornag-orang yangs soleh, mukminin, syahidin dan mendapat tempat mulia disisiNYA, hanya dengan rahmah dan kasih ALLAH..ameen

    syahid cita-cita tertingi..

    ReplyDelete
  35. Salam

    Siapakah penulis asal entry ini? Adakah ahli keluarganya? Tidak sedih/terkilan/marahke ibubapanya melihat gambar jenazah anaknya disebarkan?

    Benar2 pohon penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This blog belong to his uncle. Alhamdulillah, I was chosen by Allah to be the Amir of this jamaah. Alhamdulillah After we complete our time in Pamol, Sandakan. We came to masjid Sri Petaling for Karkuzari.. I called his father to ziarah his kubur. His father drive altheway to Sri Petaling and hug me.. And said.. Thank You.. AMIR sab..

      Delete
  36. 1) Dari Allah kita di datangkan ke dunia ini dan kepada Allah juga kita kembali.

    2) Berakhir sudah episod musafir beliau di dunia ini DAN Bermulalah kehidupan akhirat beliau.

    3) Tertutup mata di dunia dan tersingkap mata ke alam akhirat untuk menerima pembalasan dari Yang Maha Pencipta, RabbulJalil terhadap amal yang di usahakan

    4) Sedih dan rindu pada ahli keluarga, rakan taulan, sahabat handai, saudara mara, dan semua yang melihatnya TETAPI Kegembiraan, kebahagiaan, kenikmatan kepada beliau kerana dapat berjumpa dengan Yang Maha Pencipta, Allah Jalla Jalalu.

    5) Semua yang ada di dunia ini akan fana'(binasa) yang kekal hanya DIA, Zat Maha Tunggal, Zat Yang Maha Kekal

    6) Aku, kamu, dia, awak, saya, ana, anta, anti, antum, mereka, siapa sahaja adalah musafir hina yang dalam perjalanan untuk menuju ke alam akhirat, namun ada yang tersungkur, ada yang sesat, ada yang tidak ada tujuan, ada yang jelas halatujunya.

    7) Sudah bersediakah kita semua untuk di tarik Roh oleh Malaikatulmaut? Bumi Mana ? Bila ? Baik atau Buruk ? Itulah persoalannya.

    8) Tunggu!!!! Semua kita akan ke sana.

    ReplyDelete
  37. Terima kasih atas usaha tuan menyiarkan artikel ini. Semoga kita diberi hidayah melalui penyiarannya.

    Ikhlas susah payah berkorban diri, harta dan masa di jalan Allah.

    Benarlah kita tidak ada apa lebih penting melainkan amalan agama. Kalau sudah tiada amalan agama dalam diri, manalah dapat keberkatan usia.

    ReplyDelete
  38. subhanallah... semoga kita akan berhimpun di syurgaNya kelak. pilihlah diriku dan diri sahabatku yang berjuang di jalanMu untuk syahid di jalan agamaMu...

    ReplyDelete
  39. mohon kebenaran utk di copy

    ReplyDelete
  40. Semoga usaha beliau akan diteruskan oleh kita semua....

    ReplyDelete
  41. saya nak skit buat yang bertanya pasal keranda tu..mayat yang hendak di bawa naik kapal terbang mestilah di letakkan dalam keranda khas yang kalis bau dan mcm2 lagi..sbb tu la kita tgk keranda tu lain sikit...mana bleh nak letak dalam keranda kayu mcm yang kita selalu tgk kat kampung...harap yang bertanya jelas dan jangan ada kekeliruan lagi...

    ReplyDelete
  42. Pas dgr dia syahid,karkun tempat aq mula nak g kemboja kottkatanya nak mengejar syahid..subhanallah..
    smg allah terima aq dan kita semua dalam usaha yang mulia ni

    ReplyDelete
  43. Maut adalah pasti.. Agama yang hak hanya tertegak dengan cara yang hak.. Sekarang hak sudah di depan mata.. tinggalkan batil..

    ReplyDelete
  44. nh senior saya...
    mmg dia byk korban
    time ijtima' ari 2 br jmpe..
    hurm..
    al-fatihah

    ReplyDelete
  45. karguzari dari jemaah yang tangguh bersama jemaah Allahyarham di seri petaling beberapa hari lepas...

    pagi hari Allahyarham meninggal, jemaah telah kumpulkan guru2 dari semenanjung yang mengajar di kawasan tempat jemaah tu..Allahyarham telah bagi bayan kepada mereka..isi bayan Allahyarham adalah tentang syahid..subhanAllah..ilham yg dtg dari Allah SWT
    doakan ana keluar 4bln ujung bulan ni..
    p/s: mau syahid juga.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap ni. Guru 2 tu DTG selepas arwah syahid pagi waktu pagi time budak ke sekolah. Guru2 DTG dlm pukul 11 lalu dok silap

      Delete
  46. Jika anda menyokong umno,insya Allah anda akan syahid seperti almarhum ini.

    ReplyDelete
  47. fiqkofallah :markaz dari jitra udah hantar jemaah ke kemboja,i april dulu..

    azharjaafar : ya Allah,hapus bathil dan usaha dan pergerakan usaha bathil...

    Ansara Muadzam Shah 06/07:sy pun berjumpa dgn beliau di ijtima ...

    pemuda :masyaAllah...

    insanlemah :sy pun azam IPB,harap dpt berjumpa dgn tuan..

    ReplyDelete
  48. Nak mati syahid bukannya tentu pada parti mana..selagi kita ikhlas berjuang kerana Allah,insyaAllah akan mati syahid..mati syahid perlu jadi cita2 kita sbb dlm tempoh umur yang terhad ini nak jadi betul2 org beriman bukannye senang...kalau ada berpeluang utk berdakwah..pergilah..atau berperang dgn musuh2 Islam...kita sahut perjuangan ini...ditakdirkan Allah kita mati,mgkin dpt mati syahid...wallahu'alam

    ReplyDelete
  49. EtenKhairuddin Karkun LamaJuly 11, 2010 at 4:54 PM

    ..(barang siapa menghidupkan sunnah ku pada masa kefasadan ummatku,dia mendapat seratus pahala syahid..)

    mafhum hadis..

    ReplyDelete
  50. hilang seorg sahabat.................................arwah yg taskyil sy keluar 40 hari..byk nasihat diberi

    ReplyDelete
  51. Salam,

    Allah maha besar! tak terkata saya apabila melihat mayat adik ini...mmmg benar dia seakan-akan tidur.

    ReplyDelete
  52. salam...doa2 kn aq arrrr kuar 4 bln ipb 2012..abis bljr...siddiq..

    ReplyDelete
  53. BISMILLAH
    ASSALAMMULAIKUM BUAT TEMAN-TEMAN DAN SAUDARAKU
    AKU ADER TERBACA DI SEBUAH BLOG YANG ARTIKEL NYE MENYENTUH KEHIDUPAN KITER SEKARANG RINGANKAN JARI UNTUK KER LINK DISINI...http://muslimvillage.wordpress.com/
    http://www.imranhosein.org/ http://www.medinahproject.com/

    ReplyDelete
  54. al-fatihah...
    meremang bulu roma...
    doakan semoga terpilih mati syahid gak...

    ReplyDelete
  55. ..(barang siapa menghidupkan sunnah nabi pada masa kefasadan ummatnya,orang itu akan mendapat seratus peratus pahala syahid..)

    dan kita sebagai umat islam kita mestilah sembayang lima waktu
    mafhum hadis..

    ReplyDelete
  56. Salam.
    Terima kasih bagi doa kalian pada arwah. Saya Mohammed Huzazi (ayah arwah) seikhlasnya memberi izin bagi sesiapa dan mana2 web utk memaparkan gambar arwah. Mudah2an bukan sahaja hidupnya bermanfaat, ttp sesudah matinya.Ttg darah menurut doktor, bila sesaorang lemas air akan memasuki paru2. Paru2 akan mengembang. Sampai satu tahap akan pecah - darah keluar. Ttg keranda, memang terpaksa guna keranda yg biasa digunakan org bukan Islam kerana untuk masuk kargo pesawat perlu ada spesifikasi tertentu. Cuma jenis itu yang diizinkan oleh pegawai dr kementerian kesihatan waktu pemeriksaan akhir di Sandakan. Kepada semua yang membantu dlm semua yang mendoakan & bertungkus lumus menguruskan jenazah arwah kami sgt terhutang budi. Hanya Allah yang dapat membalas segalanya. Alhamdulillah urusan lancar. Tiada suatu perkara yang melambatnya. Jenazah tiba di Masjid Sri Petaling waktu jamaah dihujung solat asar. Tiba di Masjid Makmuriah waktu jamaah dihujung solat Maghrib. Syukur jemaah kedua2 Masjid sedia untk solat jenazah . Hujan gerimis sekitar 5 minit sebaik talkin dan doa selesai dibacakan. Mohon seikhlasnya pahala bacaan Al-Fatihah. Yang ingin mengetahui beberapa hal tentang arwah boleh rujuk blog saya ; http://mhuzazi.blogspot.com. dibawah lebel:kata-kata hati.

    ReplyDelete
  57. Salam.
    Maaf....anak saya tidak pernah jadi, tidak pernah terniat untuk jadi ahli UMNO dan tidak pernah hadir mana2 program UMNO.

    ReplyDelete
  58. kami jemaah dari markaz Nizhamuddin sentelah mendengar karkhuzari mengenai perkara ini,telah di sampai sendiri oleh tuan blog in...

    satu perkara lagi,beliau akan menulis tentang berita kesyahidan jemaah Malaysia di markaz Dakwah Nizhamudin..

    ReplyDelete
  59. salam..
    disaat sy membaca komen diatas , timbul keraguan berkenaan komen ayah arwah berkenaan dengan UMNO, buleh sy tahu apa tujuan ayah arwah berkata sedemikian. apekah berdosa besar sekiranya arwah hadir mana2 program UMNO?

    ReplyDelete
  60. Salam.
    Kepada ayah arwah biar saya tolong jawab bagi pihak tuan. Iman tidak mungkin boleh berkompromi dengan kekufuran dan kebatilan. Agaknya siapa yang mengkesampingkan hukum peraturan Allah, digantikan dengan hukum warisan penjajah? Sedang melaksanakan hukum & peraturan Allah itu wajib. Tiada khilaf ulama' tentangnya. Selain tu siapa yang memberi lesen judi, lesen kilang2 arak, lesen operasi kasino terbesar di Genting & Bkt Tinggi, lesen rumah2 urut, membenarkan (memberi permit kpd program2 yang menghanyutkan - lahir darinya keterlanjuran/anak luar nikah),pub2 yang bersepah tak terbilang di sekitar Bkt Bintang, Pudu....bnyak lagi. Ingat peringatan Allah " Barang siapa yang berhukum dengan bukan hukum Allah, sesungguhnya ia KAFIR. Dalam ayat yang lain sesungguhnya ia FASIK & ayat yang satu lagi sesungguhnya ia ZALIM. Rasul kata,mahfumnya barangsiapa menyerupai/bersama satu kaum, ia tergolong dalam kalangan kaum itu.

    ReplyDelete
  61. Salam.
    Mungkin ayahnya tidak senang dengan komentar sesaorang yang menggunakan panggilan ; pemuda . Sila lihat komen tersebut ; pemuda said June 6 2010 4.05PM. Seolah2 arwah dikaitkan dengan UMNO.

    ReplyDelete
  62. Al-fatihah buat arwah..entry ini betul2 menyentuh hati saya..semoga titik permulaan bermula mulai detik ini insyaallah..

    ReplyDelete
  63. semoga beliau ditempat kan dgn golongan owg2 yg beriman~

    ReplyDelete
  64. salam..
    semogga rohnya dikalangan para syuhadak..alfatihah.

    ReplyDelete
  65. semoga teruskan amal soleh. kepada yang masih bernyawa.dunia hanya persinggahan untuk alam yang kekal abadi.

    ReplyDelete
  66. salam..tuan2&puan2 yg mulia,tidak ada pkataan yg lebih baik dr menyeru manusia kpd ALLAH...sepatah pkataan ganjaran sama dgn 1 tahun ibadat sunat...subhaanallah

    ReplyDelete
  67. subhanAllah..smg kisah ini dpt bagi p ingatan kpd kita semua y masih hidup utk terus b lumba2 m cari redha Allah..smg rohnya dicucuri rahmat oleh Allah n smg kita juga dpt jd sprt arwah..ameen

    ReplyDelete
  68. amin,semoga Allah swt sebarkan hidayat seluruh alam..

    ReplyDelete
  69. ya Allah....berbahagia sungguh allahyarham... dipilih allah untuk jadi pedoman kepada insan lemah macam saya ni...mudah2an allah terima pengorbananya dan ambil saya kembali untuk menghidupkan usaha iman dan amal ini....sampai akhir hayat.... amin.

    ReplyDelete
  70. karkun sejuk: amin,doa pd umat dan saya...

    ReplyDelete
  71. orang yang beriman pantas dijemput-Nya...yang lalai masih diberi peluang untuk berubah...

    ReplyDelete
  72. subhanallah.. indah sungguh percaturan Allah..semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman..ameen.. dan semoga kita juga akan ditempatkan bersama orang-orang beriman..ameen

    ReplyDelete
  73. Mama Rocks : betul kata puan,doakan sy juga

    Muslimah Optimis : amin,semoga Allah kabul.

    ReplyDelete
  74. subhanallah..moga2 rohnya dicucuri rahmat..
    mohon share ye..syukran..=)

    ReplyDelete
  75. mohon share ye..=(

    ReplyDelete
  76. ZulWana :ye silakan...

    Anonymous : amin..

    Nora Ratna :silakan

    ReplyDelete
  77. kalu hadir mana2 majlis umno, mati masuk neraka kah

    ReplyDelete
  78. Semoga Allah SWT memberikan tempat yg mulia bersama para syuhada, amin ya Robb...

    ReplyDelete
  79. Anonymous : tolong bersihkan hati saudara dari syubhat2 hati...

    Muhammad Fajrin Rachman:amin,inshaAllah

    gusari iman :amin

    ReplyDelete
  80. masyaAllah...cemburu tol ana dgn arwah...muda2 lagi Allah dah pilih syahid....semoga Allah SWT pilih ana dan tuan untuk jadi para syuhada seperti arwah....Amun

    ReplyDelete
  81. Anonymous : inshallah,niat kurban diri,masa dan harta pd agama Allah swt..

    ReplyDelete
  82. salam tuan blog...da banyak artikel ni dikongsi dalam blog2...kalau boleh, aku pun nak kongsi dlm blog aku...tak boleh kabo la awal2...
    aku dpt mende ni pun melalui email.lama simpan...sebab aku kenal gak ngan arwah ni...satu sekolah masa form 4 ngan form 5.penah gak sekelas sekali kejap masa awal form 4 tu...mmg dia dari sekolah lagi da join jemaah.harap mendapat balasan yg baik dan boleh menjadi dorongan kpd yg lain...

    ReplyDelete
  83. terima kasih...selamat pergi dan selamat pulang :)

    ReplyDelete
  84. smg Allah SWT pilih kt semua utk keluar djalanNya dan d trm mati syahid seperti arwah... ;-)~

    ReplyDelete
  85. as salam,

    mohon kebenaran untuk copy. tq

    ReplyDelete
  86. i azam 4 bulan bulan 9 tahun depan insyallah

    ReplyDelete
  87. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ana tahu,tokoh sufi mana lihat M.Ilyas dalam neraka.Boleh senaraikan pada ana siapakan tokoh sufi itu.

      Delete
    2. astarfirullahal azdim..... :"( kecian..sng je ckp org masuk dlm neraka ...taubatla

      Delete
    3. Ape plak susahnye.klu ada bukti n dalil senang je...

      Delete
    4. Susah beb. Betul...
      Kalau yang kata senang tue kira tahap mufti reban ayam. Nonyot tahi jer..

      Delete
    5. Bagilah pada saya,siapakah tokoh sufi tersebut ?

      Delete
    6. Untuk Ahlul Bayt Rasulullah SAW,
      Bro, citer camni saya dah dengo sejak akhir tahun 80-an & awal 90-an lagi. Sejak sekolah rendah dan pergi ke malam markaz KL pun masih di Masjid India lagi. Aduyaiiiii...cuba lar reka citer lain plak, nih dok usung lagi citer camni. Kah kah kah.... Jurassic betul lar citer2 camni. Apehal pun nih satu contoh tuduhan klasik pada JT. Hahahaha

      Delete
  88. kamu tulis cerita mimpi ulamak kamu dan siarkan dlm blog utk bagitau org ramai supaya org percaya .nape bila ada org cite ulama dia punya mimpi pulak kamu sibuk nak pertikai ?

    biarlah dia cite ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya si Anon tu penipu dan takde telur...

      Apabila diminta siapa ahli sufi/wali/ahlullah yang bermimpi M.Ilas masuk neraka dia senyap buat tahi mata jer...

      Apa makna semua ini?

      Siapa ahli sufi tersebut?

      Kedekut....tu kedekut lah...

      Dah kaki fitnah tu kaki fitnah jugalah...!

      Delete
    2. Saya naqalkan kisah mimpi mubasyarah itu ada rujukannya.
      Jika akhie hendak naqalkan,saya ingin tanya,siapakah yang bermimpi dengan mimpi tersebut ? berikan sekali rujukannya.

      Jika akhie gagal berbuat demikian,maknanya akhie telah memfitnah di sini ?

      Delete
    3. bagilah di masa cari.nanti dia bagilah tu...tunggu je la..sabar

      Delete
  89. As Salam APS dan semua.... Pada Saat komentar ini dinukilkan di sini.... seorang lagi pemuda bertuah Al Marhum Ammar Azzam di panggil Allah s.w.t pulang dalam keadaan terhormat di bumi Turki... Beliau bercita-cita shahid di Syiria tetapi di takhdirkan hanya meninggal dunia akibat kemalangan. Namun begitu berdasarkan cerita yang diperolehi dari sumber terdekat... penuh penghormatan sekali peristiwa yang dialaminya yang di takhdirkan Allah padanya sehinggalah di makamkan di tanah perkuburan bersama-sama Sahabat Rasulullah s.a.w Abu Ayub Al-Ansari r.a serta para shuhada yang lain di tanah perkuburan Eyub. Sesungguhnya Allah Pengasih dan Penyayang pada hambanya... Allah s.w.t boleh mentakhdirkan kematian Shahid kepada kita juga dalam keadaan bagaimana sekalipun malah dalam keadaan yang kita tidak sangka-sangka pun.... Moga kematian kita yang menyusul nanti nanti juga adalah Shahid di sisinya.... Amalkan doa sebelum tidur memohon agar Allah mengurniakan shahid kepada kita semua, insyaAllah kita akan memperolehinya jua walaupun tidak gugur di medan perang di Jalan Allah... wallahualam... Allahumma Ameen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka berdua adalah remaja contoh....
      dalam ribuan remaja yang lalai ,mereka adalah remaja pilihan Allah swt...

      Delete
  90. SETUJU....SAAT ALMARHUM AHMAD AMMAR JD PHTIAN..HT ANA
    MSIH TRIGT PD ALMARHUM HUZAIFAH...SAMPAI SKRG ANA MSIH SIMPAN GMBR ALMARHUM HUZAIFAH UTK TUJUAN KESEDARAN DAN UP KN SMGT,,,,MREKE INSAN TRPILIH..MSING2 DGN KEMTIAN MSING2..MREKE DH MRASAI KMTIAN..BGAIMANA DGN KITA???SMGA KITA SMUA DIREZEKIKAN MATI YG BAIK...DISENANGI PNGHUNI BUMI...DRINDUI PNGHUNI LANGIT..DISYANGI OLEH BAGINDA NABI DN DIKASIHI ROBBUL JALIL..-analina-

    ReplyDelete
  91. SETUJU....SAAT ALMARHUM AHMAD AMMAR JD PHTIAN..HT ANA
    MSIH TRIGT PD ALMARHUM HUZAIFAH...SAMPAI SKRG ANA MSIH SIMPAN GMBR ALMARHUM HUZAIFAH UTK TUJUAN KESEDARAN DAN UP KN SMGT,,,,MREKE INSAN TRPILIH..MSING2 DGN KEMTIAN MSING2..MREKE DH MRASAI KMTIAN..BGAIMANA DGN KITA???SMGA KITA SMUA DIREZEKIKAN MATI YG BAIK...DISENANGI PNGHUNI BUMI...DRINDUI PNGHUNI LANGIT..DISYANGI OLEH BAGINDA NABI DN DIKASIHI ROBBUL JALIL..-analina-

    ReplyDelete
  92. baru2 ni saya terdengara slot IKIM FM oleh ustaz ebit lew..tajuknye mengenai kematian...dan tiba-tiba nama arwah Huzaifah disebut,saya mencari kembali kisahnya yg mati syahid di sabah...saya tidak mengenali beliau tetapi pernah satu sekolah dengannya di sabak bernam, cuma berlainan kelas..saya terfikir...inilah kekuasaan Allah...Orang-orang yg dipilih mati syahid namanya sentiasa segar di ingatan...SubhanaAllah..Allah mengangkat darjatnya didunia..apatah lagi diakhirat..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  93. biarpun kematiannya sudah 4 tahun berlalu..namun nama arwah tetap segar..inilah bukti kekuasan Allah..orang-orang yg dipilih mati syahid...

    ReplyDelete
  94. Teringat kawan karkun yang syahid pada 1992, insiden kemalangan sewaktu nak usulli seorang rakan satu U untuk keluar 3H.... Sebenarnya dah ramai yang seusia mereka syahid sewaktu keluar sekitar tahun 90-an tapi mungkin sebab masa tu JT kurang dikenali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tuan Anonynous ceritakan pada saya detilnya mengenai kisah itu
      di fuadpendang@gmail.com

      Delete
    2. Insya ALLAH ust jika berkesempatan saya akan usahakan. Ingat-ingat lupa peristiwa tersebut, makmum sudah lama

      Delete
  95. Huzaifah ni kwn sy Kat Umt.. Amalan special beliau yg sy nampak adalah dia kan buat 2jam setengah walopon sorang2 tiap2 hari

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini