Ikuti Blog Ini

Monday, April 6, 2009

Bila orang muda mula bersuara.

muka (orang-orang Yang beriman) pada hari itu berseri-seri, tertawa, lagi bersuka ria, dan muka (orang-orang Yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,.. (Abasa:38-40)

Sebenarnya,bukanlah niat saya untuk menulis/mengkritik/mengomen tapi dek kelemahan iman saya inilah,saya mengambil langkah menulis dengan tujuan sekadar untuk berkongsi pandangan dan pendapatan.Kisah ini saya ceritakan berdasarkan pengalaman saya yang sedikit dan ditambah dengan pengalaman rakan-rakan saya yang sebaya dengan saya.

Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang mengajak kepada pertunjuk,maka dia mendapat pahala seperti mana orang yang mengikutnya tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit pun dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan,maka dia memikul dosa seperti mana dosa-dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun..(Muslim)

Baru-baru ini,saya ada bawa beberapa orang remaja untuk pergi buat usaha diatas iman mereka,Cuba tuan-tuan bayangkan,betapa sukarnya saya untuk mengajak mereka mengikuti saya,sebenar mereka adalah sebilangan remaja yang saya jumpa ketika saya membuat usaha ziarah rumah ke rumah.

Dipendekkan cerita,pada satu petang,saya bawa 1 kumpulan remaja untuk buat usaha ziarah rumah ke rumah.Bila sampai ke sebuah rumah,saya bertindak selaku jurucakap bagi kumpulan remaja ini,setelah lama menunggu,tiba-tiba keluarlah satu orang pakcik,mungkin haji kot,dan bermulalah saya berbicara dengannya,saya menyatakan bahawa saya datang dari masjid berhampiran,dan datang ke rumah pakcik adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama Islam.

Tidak lama selepas itu, pakcik ini mula mengeluarkan kata-katanya,kamu semua,pergi belajar ilmu dulu,ilmu pada diri sendiri pun tak cukup,nak mengajar orang pulak, dan katanya lagi,sekarang ini,kita tidak boleh tinggal di masjid saja, dan pakcik ini menyuruh kami pergi berjumpa dengan orang-orang bukan Islam .Merah padam juga muka kami ini,dan Saya tidak bercakap apa-apa dan tidak menjawab sebarang pertanyaannya dan saya mengeluarkan tangan untuk bersalam dengannya dan meminta maaf serta memohon doa supaya Allah pelihara kami dari fitnah zaman remaja.

Rasulullah saw bersabda ”Tiadalah daripada dua orang muslim yang bertemu dan berjabat tangan, melainkan diampunkan bagi mereka berdua sebelum mereka berdua berpisah. [Ahmad)

Sebenarnya,tujuan kami melakukan ziarah ialah untuk mengeratkan silaturahim dan belajar menghormati orang-orang tua itu saja,bukan lah,kami nak pergi mengajar ke atau pergi menjual barang ke,tapi semata-mata kerana Allah.Cuba tuan-tuan semua bayangkan,saya bawa remaja pergi ziarah orang-orang tua,tetapi cacian dan kehinaan yang menimpa kami,sepatutnya orang tua kena bagi galakan kepada kami orang-orang muda,ditengah-tengah remaja sedang dilanda musibah yang bermacam-macam,tiba-tiba ada segolongan remaja yang bangun membuat usaha untuk menyelamatkan remaja yang lain dihina,dimaki dan dituduh dengan bermacam-macam tuduhan.

Kata orang tua-tua dulu,orang tua adalah contoh kepada orang muda,orang tua adalah pimpinan kepada orang muda,tetapi disebabkan kita berada di akhir zaman,remaja hari ini susah untuk mencari siapakah orang tua yang ingin dijadikan contoh dalam hal agama,cuba cari disetiap kawasan tuan-tuan,ada lagikah orang tua yang boleh dijadikan contoh,pergi saja di warung kopi pada pagi atau petang,hampir semua golongan ini ada di warung-warung ini,bersembang benda yang tidak berfaedah.Bila azan dilaungkan,pakcik-pakcik ni buat tidak tahu je,kesian jugak tengok mereka ni.Apa dah jadi dengan orang tua-tua ni,dah tuan pun bila solat pandang sana-sini,macam mana nak jawab soalan dalam kubur.Ini semua adalah persoalan hidayat...Hidayat-hidayat..

Sabda Rasulullah saw,"Kedua-dua kaki anak seorang hamba tidak akan berganjak(pada hari kiamat) selagi tidak ditanya tentang umurnya,untuk apa dia habiskan,tentang ilmunya,tentang apa dia gunakan,tentang hartanya dari mana dia perolehi dan dimana dia menginfakkan,jasadnya untuk apa dia menggunakannya" (Tirmizi dan dia berkata hadith hassan saheh)

Sabda Rasulullah saw,"Sesungguhnya didalam syurga terdapat sebatang pohon,(jika)dimana seorang yang menunggang kuda terlatih yang berlarinya selama 100 tahun tidak dapat menempuh luas bayangannya."(Muslim)

20 comments:

  1. Salam perkenalan,
    blog anda byk menafaat kpd org lain..teruskan..

    terima kasih krn menyinggah d blog K.Sally..

    org pendang pure ka?..K.Sally asai Parit Buntaq..

    ReplyDelete
  2. Salam Dek,

    Akak rasa terharu sungguh. Sebelum ni akak tak terfikir yang kunjungan sebegitu amat penting dalam mengikatkan talian silaturahim sesama saudara...malu rasanya.

    Terima kasih kerana menginsafkan akak ni....

    ReplyDelete
  3. tchersally ,salam ziarah jugak,,jemput lagi le lenz kali..


    Kak Tie,biasa le,akhir zaman punya pukulan.....sedih jugak..saya

    ReplyDelete
  4. memang itulah yang berlaku dalam metaliti masyarakat kita sekarang, yang kecil dianggap lemah, yang muda dianggap cetek ilmunya...yang bodoh akan terus bodoh dan tak akan berubah menjadi pandai...wajarkah??saya sendiri tiada jawapan itu...
    walaubagaimanapun, kita sebagai orang muda, kalau begitu hebat kritikan yang diterima, terima dengan hati terbuka...
    sebab merendah diri lebih baik dari mendabik dada...tak tahu katakan tak tahu...daripada menipu...

    ReplyDelete
  5. Salam.Tabahkan hati menghadapi ujian ini..Yg pnting kerja ini utk mencari redha Allah..dakwah untuk hidup..hidup utk dakwah..

    ReplyDelete
  6. salam ukhwah saudara, saya dah follow blog saudara.
    menarik dan berinfomasi blog saudara ini. Semoga kita mendapat rahmat dan berkat dariNya.

    ReplyDelete
  7. Salam Anak Pendang,
    Satu usaha yang bagus. Namun begitu, bukan senang untuk berbuat kebaikan. Rasullullah s.a.w pun menanggung banyak dugaan dalam usaha dakwahnya.
    Teruskan usaha baik anda dan rakan-rakan itu. Jangan berputus asa.
    Sebenarnya nasihat yang baik itu tidak semestinya dilihat dari siapa ia datang. Walaupun ia datang dari seorang muda, nasihat yang baik atau cadangan yang baik itu tetap baik juga. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  8. Mak Su...amin

    Suryani ,saya akan cuba sedaya upaya saya...

    Masturat,,benar,doa pada saya dan umat,saya dan umat menderita.

    Shitsurei shimashita,,,saya dah link akak punya blog.

    Zabs,,tu la pasai,sy x jawab pa...hu

    ReplyDelete
  9. Wslm..oo..sepupu dapat u mana? insyaAllah, kt mana pun kita berada,Allah akan uji gak kn..“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ."(Surah al- Ankabut, ayat 2-3)
    Orang lama? He3..apa pun,jazakallah hu khairan.

    ReplyDelete
  10. Salam... ermmmm leh x gelapkan ckit warna text awak... agak kabur nak baca.. mtk maaf sbb komen cmni..

    ReplyDelete
  11. hmm.. tumpang tnya (smbil agkat tgn)hehe.. bukan ke awk pg pastu salam dulu baru laa bckap nak pe2 ke.. yg kita fhm kt sini.. awk pg.. pastu siap kena maki hamun baru nak salam.. ke kita slh faham?

    kita rs.. pg pastu salam dulu.. barulaa kenal kan diri.. ape2 bla.. bla.. hmm.. konpius..

    betul kan klu kita slh.. :)

    ReplyDelete
  12. Salam APS,
    Kalau anda berminat membaca tulisan dakwah boleh pergi ke link ini>
    http://keretamayat.blogspot.com/2009/04/bagaimana-memakmurkan-masjid.html
    Harap ada manfaat untuk anda.

    ReplyDelete
  13. lumrah la tuan...

    kita yang baru belajar2 buat usaha dakwah nih... orang tegur...tuh pun kira ok lagi tuh...

    Nabi2 terdahulu buat dakwah, lagi teruk... diancam bunuh, dipukul sampai berdarah...

    kita nih baru sikit..

    moga Allah bagi taufiq kepada pakcik tuh...

    .... dan jugak diri saya, kita dan seluruh ummah =)

    ReplyDelete
  14. salam kenalan
    sy sudah mejadi follower pd blog ini
    teruskan usaha saudara
    setiap kerja pasti ade rintangan
    hanya Allah yg dpt membantu
    insyaAllah

    ReplyDelete
  15. manisnya usaha atas iman bila ada dugaan dan kita dapat menghadapinya.

    :)

    ReplyDelete
  16. salam perkenalan...

    Satu lagi cara dakwah yang bagus. Teruskan usaha anda

    ReplyDelete
  17. su_zul,benar,,saya yng salah,,sepupu,,London Universiti kot.

    Jitegha,yeke,,npe x guna spek mata je...hu3

    piNky LuCiA,mula2 saya salam dulu,baru saya ckp,bila nk balik,saya salm dulu,,

    Zabs ,saya dah p dah...

    eksp ..benar,,dalam kes nie ,saya yang salah,,x tawajuh kot..

    WeBViDeOKLiP ,benar,,,keje dunia pun ada ujian,nie keje agame....fuh

    zurina omar,lebih manis lagi dari gula,,hui3

    Oasis ..terima kseh...doa pd sy..

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum,

    saya pun dahulu pernah ikut program ziarah ni, kena ceramah balik pun biasa,

    bagi saya, setiap orang mempunyai cara dan pendekatan sendiri untuk memahami ajaran Islam, tinggal lagi sama ada apa yang dilakukan itu menuruti syariat atau ia menyimpang,

    jadi, ini semua adalah dugaan, keep it work bro!, mungkin situ adalah ujian, tetapi di tempat lain, anda akan disanjung, Insya-Allah.

    ikhlas,
    idealogika.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. 鯛魚燒Star; aku tak faham apa yg anda komen

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini