Ikuti Blog Ini

Saturday, February 21, 2009

Bayan Nasihat Maulana Zubair

Tuan2 yang dimuliakan oleh Allah.
Tujuan kita mendengar bayan adalah untuk beramal,bukan untuk mendapat maklumat.

*Allah telah kurniakan pada kita satu usaha suci murni yang begitu tinggi sekali,oleh kerana kelemahan iman kita,hak-hak usaha ini telah kita abaikan dan tidak dapat sempurnakan dengan baik sekali.Oleh itu,kita kena minta dari Allah,"Ya Allah,oleh kerana engkau melibatkan kami dalam usaha ini,engkau sedang ambil usaha dari kami,apa pun usaha sedikit sebanyak yang kami tidak dapat laksanakan seperti yang dikehendaki dan apa pun usaha sedikit sebanyak yang kami buat,maka engkau terimalah usaha kami dan kekalkan kami dalam usaha ini sehingga akhir hayat kami"semoga Allah kekalkan kita dalam usaha ini,beri kepda kita istiqomah,beri kepada kita ikhlas dan hubungkan kita dengan usaha ini selama-lamanya.kita hendak memohon ampun dari Allah swt atas kelemahan dan kekurangan kita dalam membuat usaha.

Tuan2 yang mulia,
*Allah terima amalan kita berdasarkan ikhlas,oleh itu,kita kena minta keikhlasan dari Allah.Hanya Allah tahu siapa yang membuat kerja dengan ikhlas atau tidak,di Mahsyar nanti,siapa yang buat kerja dengan ikhlas,maka ia peroleh keuntungan yang besar.Bantuan Allah sentiasa bersama dengan orang yang ikhlas,dengan keikhlasan yang dikehndaki,maka bantuan Allah swt akan bersama kita.

*Bantuan Allah swt berdasarkan sifat-sifat mulia dan baik pada diri kita dan sifat yang paling mulia ialah sifat tawadhuk dan rendah diri dan sifat ini paling disukai Allah dan Allah akan bantu dia.buat kerja agama.Bila kita buat kerja agama dengan bangga diri, kita akan semakin jauh dari pandangan Allah swt.Anggaplah diri kita lebih buruk dari orang lain dan orang lain lebih baik dari kita.Dalam apa2 keadaan kita kna anggap amalan orang lain lebih afdal dari kita dan kita kena selalu minta ampun pada Allah.

*Kita kena berterusan dalam kerja agama, semoga Allah jadikan kita darul amal.Kita juga kena buat kerja dengan taat.Kita buat kerja dengan mesyuarat dan buat kerja ikut keputusan mesyuarat .Kita selalu mohon pada Allah swt supaya bantu kita untuk buat kerja-kerja agama dengan baik.

*Jika keempat perkara diatas kita usahakan dalam diri kita dan berterusan dalam kerja agama,dan kita sentiasa mohon bantuan dari Allah swt,maka Allah swt akan bantu dan beri kudrat-Nya pada kita.Satu lagi perkara pnting ialah kita kena satu hati/penyatuan hati.Dalam hati kita ada sifat kasih sayang dan cinta sesama manusia lain.

*Jika ada penyatuan hati,usaha kita diterima Allah dan dengan ini bantuan Allah akan datang.Sekiranya pecah belah antara satu sama lain,caci mencaci antara satu sama lain,Allah tidak menilai kita dan Allah swt tidak bantu kita.Jika ada sifat kasih sayang,Allah akan beri sifat istimaiat,bila kita pecah belah,Allah akan porak perandakan kita.Semoga Allah swt terima kita dan makbulkan kita buat usaha agama sehingga akhir hayat.

3 comments:

  1. Salam ziarah dari kejauhan...teruskan menulis ya!

    Nasihat yang serta berguna buat semua..

    Mahu exchange link atau follower?silakan..amatlah saya hargai dan mengalukannya. Jemput ke blog ya:)

    ReplyDelete
  2. jazakallah...teruskan menulis...teruskan letak semua2 bayan d blog ini.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas nasihat itu..semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH..

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini